Skip to main content

Soalan tentang badal haji utk ulama dan ustaz??

Pertanyaan hamba Mengikut kesepakatan (ijmak) ulama daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah, orang yang sudah meninggal dunia masih boleh menerima pahala ibadat yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup. Demikian dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn al-Qayyim (w. 751H) dalam kitab al-Ruh. Dalilnya sangat banyak, salah satunya hadis Nabi SAW yang bermaksud: Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka amalannya telah terputus melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang selalu berdoa untuknya. (riwayat Muslim) Setelah mengumpulkan pelbagai dalil dalam perkara ini, Imam al-Syafii merumuskan: "Akan sampai kepada mayat daripada amalan orang lain tiga perkara, haji yang dilakukan untuknya, harta yang disedekahkan atau dibayarkan (hutang) untuknya dan doa. Aku mengatakan ini kerana berdalil dengan sunnah dalam perkara haji. Dan umrah serupa dengannya secara qiyas." Jd haji adalah bg arwah yg mampu dan sudah memenuhi tuntutan wajib termasuk utk keluarga tp tidak sempat menunaikannya saat hidup maka warisnya harus menunaikannya dr harta tinggalannya.kalo saat hidup tidak mampu maka dia tidak wajib.soalan sy kalo mampu mengapa perlu menggunakan agen haji sedangkan warisnya ditinggalkan harta dan mampu melakukan haji bg arwah dan lebih afdal kerna dr warisnya sendiri.halal atau haram dilakukan oleh agen pd simati dan adakah smpi sedangkan warisnya mampu sedangkan ejen melakukan atas dasar perniagaan dan ada tak hadis atau sejarah membolehkan dilakukan atas dasar perniagaan?apakah agama blh dilakukan atas dasar perniagaan?dr anas bin malik ra.bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4 macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin', 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan."
Ramai ejen dan ulama menggunakan hadis dibawah ni sebagai petunjuk bahwa blh dilakukan haji utk arwah.tp melihat dr hadis ni tade satu pun ditanyakan bahwa dilakukan oleh ejen atau org lain melainkan.mereka bertanya utk.melakukan bg pihak keluarga mereka sendiri.sedangkan ejen haji sejak zaman bila baru diadakan??zaman para sahabat??.jika blh dilakukan org lain beerti tak lama lg solat dan puasa yg blh kita nazarkan kpd arwah ibubapa juga akan.dilakukan satu cabang perniagaan.hanya sebagai kajian sila berikan jawapan anda.tq

Imam Daraqutni meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bermaksud:

"Jika seorang lelaki mengerjakan haji untuk kedua-dua ibu bapanya, diterima daripadanya dan kedua-duanya. Ia tercatat di sisi Allah sebagai kebajikan." (Sunan Daraqutni).

1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).

3. Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?'' Jawabnya: ''Tidak!'' Sabda Baginda: ''Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Popular posts from this blog

Perjanjian Jin Dengan Rasulullah

Pada post lalu penulis ada menulis tentang 7perjanjian nabi sulaiman. perjanjian ini bukan perjanjian sulaiman dengan Allah, tetapi perjanjian Sulaiman dengan jin tua bernama Umm Shibyaan.. dia merupakan salah satu jin tua yang memiliki banyak sekali anak buah.. berjenis kelamin perempuan dengan bentuk yang besar.. suaranya menggegar laksana halilintar, ia dapat menumbangkan pohon2 hanya dengan suaranya..matanya tajam laksana petir menyambar... mulutnya seringkali terbuka... Umm Shibyan ini berbeza dengan Al-Daulat Wa Hayram As-Sibyaan (salah satu iblis yang ditaklukkan Sulaiman. *diambil dari manuskrip kuno yang tersimpan di simpanan sebuah istana di Spanyol)) Al-Daulat ini berbadan kambing, berwajah perempuan rambut panjang dengan tujuh kepala dan menggendong seorang anak kecil... Tapi kalini penulis nak terangakan tentang perjanjian Rasulullah dgn jin. Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, "aku telah mengadu ke...

Misteri Kelapa Tunggal

Kelapa tunggal ada dikatakan terdapat dua versi yg diketahui penulis.satu diantara buah kelapa yg byk dipokok maka akan ada sebiji buah yg terpisah dan menghadap ke arah matahari naik dan satu lg adalah pokok yg dr kecil sehingga besar cuma sekali berbuah dan buahnya hanya seiji menghadap ke arah matahari naik. caranya menurut penulis tau lebih sebagai berikut: - dipanjat dihari tertentu (biasanya menjelang jam 12 tghhari jumat siang) -yg mengambilnya harus anak dara -ada yg lebih extreme diambil dlm.keadaan berbogel - setelah itu kelapa tunggal tersebut harus digendong tak blh sentuh tanah - hari itu juga kelapa dibelah , dibuang airnya dan dijemur yg membuatnya juga harus si pengambil -dibuat minyak dgn cara ditapakan di tiang seri atau menggunakan batin utk mengeluarkannya dgn bacaan tertentu(dirahsiakan) -ada juga yg memasak di tengah pertiga jalan. Dikatakan kelapa tunggal cukup dibawa sudah mempunyai khasiat pelet yg ampuh sehingga membuatkan org menyukai kita seperti di...

Misteri Kelebihan Sarang Burung Tempua

Sarang burung tempua mempunyai jantan dan betina.berbeza bentuk maka yg pendek merupakan sarang bagi burung jantan bertengek dan yang panjang bagi burung betina bertelur. Sarang sering digunakan bagi hiasan atau pun yang berunsur mistik.sarang tempua kekadang yang rare akan terdapat buluh perindu atau bulu perindu sebagai jalinan sarang burung tersebut. Burung tempua juga memilih membuat sarang pada tempat yg sukar dicapai dan dekat pada sumber air. Mengikut kitab kuno raja sulaiman tempua merupakan salah satu dari jenis burung mistik seperti pelatuk yg merupakan utusan Nabi Allah Sulaiman..kelebihan sarang tempua adalah sebagai pelaris pabila digantung pd tempat perniagaan dan pelet bagi memanggil kekasih yg lari atau ditinggalkan.pendinding dr sihir dan kianat.semua ini mengambil filosofi dari sarang itu sendiri dimana pelaris adalah disebabkan sejauh mana burung keluar mencari makan pasti akan pulang kesarang selain dr bahan sarang itu sendiri mempunyai buluh perindu.sebagai med...