Skip to main content

"SEBAIK-BAIK JIN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA"

SERINGKALI dicanang dan dimomokkan dalam cerita seram yang ditayang di TV bahawa sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat Manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan Hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan k...enyataan diatas sebagai dialog yang digunakan dalam filem mereka.



Asas pertama yang diperlu dipegang apabila membicarakan perihal Jin dan Malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam Jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata ( Al-A’raf [7.27] ), manusia tidak boleh berbicara tentang Jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.



Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi Alam Jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai Alam Jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya Umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina Iman dan Minda.



Kenyataan yang terlalu umum “sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat Manusia “ ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian Jin Islam yang dipuji ALLAH dan disebut kisah mereka dalam Al-Quran. Mereka adalah generasi awal Jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada Makhluk Jin kerana Jin dan Manusia mempunyai tanggungjawab Agama dan akan dihisab di Akhirat kelak ( Al-Rahman [55:31-36] ).



Generasi awal Jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar Sahabat Nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan Para Ulama Hadis iaitu sesiapa sahaja ang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.



Sekiranya kenyataan “ sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat Manusia “ ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum Para Sahabat Nabi jauh lebih jahat daripada Manusia, sedangkan Para Ulama sepakat mengatakan Para Sahabat adalah Adil dan Baik.



Generasi awal Jin ini juga diiktiraf sebagai Rasul atau Utusan Pendakwah di kalangan mereka.

Firman ALLAH “ Wahai Sekelian Jin dan Manusia! Bukankah telah datang kepada Kamu Rasul-Rasul daripada kalangan Kamu sendiri, yang menyampaikan kepada Kamu Ayat-Ayat KU ( perintah-perintah KU ), dan yang memberikan Amaran kepada Kamu tentang pertemuan Kamu dengan Hari ( Kiamat ) Ini? ) “ Al-An’am [6:130].



Hakikatnya, Para Rasul hanya diutus dari kalangan Manusia. Namun begitu, Rasul dari kalangan Jin dalam ayat ini adalah Wakil kepada Rasul atau Pendakwah dari kalangan Jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ( Tafsir Al-Razi ). Kisah mereka direkodkan dalam Al-Quran.



Sebuah Hadis turut merekodkan Baginda Rasullullah SAW pernah memuji Para Sahabatnya dari golongan Jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan Surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada Para Sahabat. Selain itu, Para Ulama Hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal Jin bersama nama Para Sahabat Nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba’ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya ( Al-Isabah Fi Ma’rifat Al-Sahabah ).





Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut akan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan Jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadaban terhadap Manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup Manusia. Sebenarnya kejahatan dan kebiadaban itu tidak hanya berpunca daripada Jin, bahkan ia juga berpunca dari kejahatan Manusia sebagaimana Firman ALLAH :

“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan Manusia, ( timbulnya yang demikian ) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ). “

Katakanlah : “ Mengembaralah Kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu ( yang telah dibinasakan ). Kebanyakan mereka adalah orang-orang Musyrik “ ( Al-Rum [30:41-42] ).



Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

JALJALUT SUGHRO BISMILLAH

Rajahan jaljalut basmallah ini  dari kitab " Manba'u Usulil Hikmah ", Disusun oleh Sayyidina Al-Imam As-Syeikh Al-Bahr Ahmad Ibni Ali Al-Buuny, Jaljalut merupakan Bait-Bait Ilmu Hikmah yg mempunyai ke khususan dan ke ghaiban pada setiap baitnya, Allah S.W.T meletakkan rahsia-rahsia didalam bait Jaljalut ini Ilmu-Ilmu ghaib dan ke khususan2 bagi pembacanya, bait Jaljalut terbagi dua bagian Sughra 60 Bait dan Qubra 360 Bait, Dalam kesempatan ini saya coba terjemahkan Bait Jaljalut Sughra 60 bait.Dan telah penulis mudahkan dgn membuat rajahan jaljalut yg mempunyai khasiat basmallah dan surah al fatihah serta pelbagai rahsia didlmnya seumpama sempurnanya khasiat 30juzuk al quran dimana kita ketahui 30juzuk al qutan itu terkandungnya didlm ibu doa iaitu al fatihah dan basmallah itu kuncinya al fatihah sedangkan ba itu kuncinya basmallah.penulis akan huraikan sedikit dr khasiatnya jaljalut dr bait basmallah ini.. Barang siapa yang senantiasa ( Istiqomah ) membaca Bait di atas

Misteri Kelebihan Sarang Burung Tempua

Sarang burung tempua mempunyai jantan dan betina.berbeza bentuk maka yg pendek merupakan sarang bagi burung jantan bertengek dan yang panjang bagi burung betina bertelur. Sarang sering digunakan bagi hiasan atau pun yang berunsur mistik.sarang tempua kekadang yang rare akan terdapat buluh perindu atau bulu perindu sebagai jalinan sarang burung tersebut. Burung tempua juga memilih membuat sarang pada tempat yg sukar dicapai dan dekat pada sumber air. Mengikut kitab kuno raja sulaiman tempua merupakan salah satu dari jenis burung mistik seperti pelatuk yg merupakan utusan Nabi Allah Sulaiman..kelebihan sarang tempua adalah sebagai pelaris pabila digantung pd tempat perniagaan dan pelet bagi memanggil kekasih yg lari atau ditinggalkan.pendinding dr sihir dan kianat.semua ini mengambil filosofi dari sarang itu sendiri dimana pelaris adalah disebabkan sejauh mana burung keluar mencari makan pasti akan pulang kesarang selain dr bahan sarang itu sendiri mempunyai buluh perindu.sebagai media p

RAJAHAN ISIM KHOLISOH JARIYAH

SIAP DIRAJAH PROSES PENGHAPUSAN RAJAHAN PROSES MERAJAH The Real Story Of Kholisoh Jariyah Taken From : Kitab Al Jauharu Lil Ma`ah Kitab Syumusul Anwar Dinamai dengan Isim Jariyah (budak hitam hamba sahaya ) karena azimat ini didapati pada kepala seorang perempuan hamba sahaya yang dimiliki oleh Raja Harun Al Rasyid. Kholisoh adalah nama daripada perempuan Jariyah ini sangat hitam tubuhnya dan sangat mengerikan wajah rupanya. Banyaknya hamba sahaya perempuan yang dimiliki oleh Raja Harun Al Rasyid adalah lebih daripada empat ratus orang. Dan Jariyah yang bernama Kholisoh ini ialah hamba sahaya yg lebih jelek rupa dan tubuhnya dari semua budak hamba sahaya yang ada. Tetapi Raja Harun Al Rasyid sangat mengasihi dan mencintai kepadanya lebih daripada mengasihi yang lainnya. Maka manakala mati Jariyah itu lalu dimandikan oleh seorang perempuan tua solehah. Maka mendapatilah perempuan yang tua itu akan suatu azimat isim Jariyah ini terikat pada rambut kepalanya Jariyah. Lalu diambil