Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

SYIAH SESAT bahagian 5

http://m.youtube.com/watch?v=sK-WSWvEAPw# v. Berpura-pura (al-Taqiyyah) Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:   Terjemahannya:  Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".   ULASAN   Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan den

PENYELEWENGAN SYIAH bahagian 3

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia.  Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.   3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.   i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78: Terjemahannya: Akidah Kami Tentang Imam Itu  Telah Sabit Secara Nas. Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepa

KESESATAN SYIAH bahagian 3

3. PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH   Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia.  Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.   3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.   i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78: Terjemahannya: Akidah Kami Tentang Imam Itu  Telah Sabit Secara Nas. Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia henda

KESESATAN SYIAH bahagian 2

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH   1. TUJUAN 1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.  1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.    2. LATAR BELAKANG   2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:   i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah) Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afg

SYIAH,PERJUANGAN DAN KESESATANNYA

Kebangkitan Syiah pada masa sekarang tidak dinafikan lagi, penyebar ajaran ini begitu kuat cuma tidaklah terlalu zahir kerana merekalah orang yang paling pandai berpura-pura. Apabila komuniti mereka ramai, maka mulalah mencetuskan huru-hara, itulah yang berlaku di mana-mana. Syiah ini boleh masuk di mana-mana  saja kerana merekalah paling pandai bermunafik.   Di sepanjang sejarah tidak ada yang baik dari mereka, mereka bermusuh dengan Sunni lebih daripada bermusuh dengan Yahudi. Kita bimbang dengan ajaran ini kerana mereka mengajak dari tauhid kepada syirik, dari Islam kepada kufur, dari taat kepada maksiat. Mereka mempunyai propaganda tersendiri sebagaimana Zionis mempunyai propaganda.   Dalam siyasah, apa yang malang ramai yang tidak tahu, apakah boleh bertahaluf siyasi dengan syiah? Yakinkah kita tentang keikhlasan mereka, sedangkan prinsip perjuangan merekapun sudah salah. Oleh demikian sudah banyak usaha taqrib dengan syiah, tidak juga membuahkan hasil, bahkan mereka dengan se

Ramalan Melalui Kuku

BENTUK KUKU DAN WATAK UMUM YANG DIKANDUNG (gam. A) 1. Kuku pendek. Energetik, ingin tahu, intuitif, logik. 2. Kuku pendek, condong lebar daripada panjang. Pengkritik dan cepat marah. 3. Kuku lebar, panjang, bulat pada ujungnya, Orang yang pertimbangannya jelas dan masuk akal. 4. Kuku panjang berbentuk buah badam. Orang yg tenang dan santai, pemimpi. 5. Kuku amat besar, segi empat Dingin dan ego 6. Kuku berbentuk baji. Sensitif berlebihan. Gambar B BENTUK TANGAN DARI ATAS DAN WATAK YANG DIKANDUNG MENURUT PEMIKIRAN TERBARU (gam. B) A. Praktis, Telapak tangan segi empat dengan jari pendek. Jujur, pekerja keras, dan tetap. Berkaitan dengan elemen bumi. B. Intuitif, Telapak tangan panjang dengan jari pendek. Energetik, tidak blh diam, idividualistik, berkaitan dgn elemen api. C. Sensitif, Telapak tangan panjang dengan jari panjang, imajinatif, emosional, kerap murung dan introver. Berkaitan dengan elemen air. D. Intelektual Telapak tangan segi empat degan jari panjang. Cerdik,

Jihad dan Kiamat

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia sebahagian daripada mereka."[10] kewajipan berjihad adalah terletak pd semua umat islam tidak kira dimana asalkan ada saudara yg tertindas dan agama yg dihina bkn sunat tp fardu pd kita seumpama solat. Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim). persoalannya mampukah kita sedangkan dibesarkan oleh sifat yg telah dijajah oleh musuh islam dr kecil.dihiburkan dgn hiburan dunia diciptakan oleh penjajah.diterapkan dgn kebudayaan barat di kalangan pemuda pemudi.ada yg mengatakan kita mampu berjihad dimana sahaja.tp adakah anda sedang berjihad atau menikmati dunia dgn alasan negara kita masih aman sedangkan anda yakin akan keamanan yg dilihat tp