Adab-adab mulia ketika berguru:
1.Memberi salam apabila bertemu
2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
9.Menghormati guru sepanjang masa
10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan
Hikmah apabila beradab dengan guru:
1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
3. Memperolehi kejayaan dunia dan akhirat
4. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
5. Ilmu yang dipelajari akan berkekalan dan diamalkan
6. Sentiasa terdorong mengamalkan sifat terpuji
7. Minda cerdas dan pantas
8. Terlindung daripada perkara terkeji
Adab-adab terpuji berguru mengikut Imam Al Ghazali :
1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
10.Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
11.Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru
meninggalkan majlis.
12.Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai
ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13.Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.
Imam Al-Syafie pernah mengungkap:
•“Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”
Antara hak guru yang perlu ditunaikan oleh murid-murid adalah :
1. Merendah diri terhadap guru.
2. Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
3. Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
4. Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
5. Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
6. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.
7. Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.
8. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
9. Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.
10. Tidak meninggal majlis pengajaran guru sebelum waktunya kecuali uzur syar'i.
Tanpa guru siapalah kita.....walau sedikit ilmu yang kita terima namun mereka tetap guru.ni ramai tak menghormati guru malah mengambil ilmu dan melayan guru umpama kaunter informasi.dah la ambil ilmu free.kalo diletak harga kata ilmu tu mahal n tak betul sedangkan guru nak dpt ilmu dia gi belajar,merantau,menghabiskan wang,masa dan tenaga dia pd gurunya pula.sendiri gi baru tau apabila kita plak brada di situasi guru.dah dtg jmp guru tu bw la buah tangan or bagi la duit.bkn guru minta tp tu adab.jmp gf blh bw bunga sedangkan gf tambah dosa.jmp guru dpt ilmu bw tangan kosong.penulis sendiri slalu memberikan wang pd guru2 dan brgan keperluan harian atau sesuatu hadiah yg disukai mereka.bkn sbb mereka minta tp sbb kita hargai mereka dan ilmu diberikan..manusia semua nak free kalo blh.tp bila bg tak dihargai tak bg ckp kedekut..ilmu diredhai dr aty.kalo aty guru kita senang dgn pemberian kita tanpa kita sedar sebenarnya dia mengikhlaskan ilmu diberikan dan berkat..ni kalo jmp guru semua kita nak dia bt.bg ilmu,ddk rumah dia pun tumpang tido kita nak free,makan pun nak dia bg n bayar.kalo kenderaan pun nak tumpang atau guru bayarkan.itu guru atau kerani acc?seharusnya kita yg membantu guru bkn guru plak yg menyara kita..zaman skrg dah berubah kerna itu ramai yg berguru tp berpuluh tahun tak abis ilmu dan dpt ilmu tak berkat sbb adap tak betul.guru2 zaman dulu mendidik murid dgn menjadikan hamba jika ingin belajar sesuatu ilmu.harus masak,cari kayu api,bt kerja rumah,kebun dll sbb apa?pikirkan..paling tak tahan penulis bila ada yg call gak minta tlg btkan kes pengasih,cari brg hilang,scan brg,tanya itu ini.pastu last2 bila bgtau mahar utk bt dia org bandingkan dgn tmpt lain ckp ambil ikhlas.abis kalo tmpt lain ikhlas apa kata ko org pergi ja tanya n minta tlg sana..ko ingat org yg ckp ikhlas tu aty dia ikhlas?ingat bt sesuatu dia tak keluar tenaga,masa n modal?semua nak ikhlas ko org ikhlaskan bg semua duit yg ko org ada tgk or jadi kuli kerja tanpa gaji nak?apa perasaan org yg diminta kalo ko org tak hargai dia.semua nak free n jadi..
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)
P/s:penulis senang ja..lantak kau org semua..nak hargai tak hargai ko org punya suka.ada masa ko org atas ada masa ko org dibawah sbb ko org ttp manusia..nak ikhlas penulis pun bt secara ikhlas yg rasa nak bt.tada kalo penulis kencing ja ckp dah bt sbb apa nama pun free.nak jaga aty so ckp la dah bt sama mcm ko org nak ikhlas sbb kedekut ada dlm aty.lain la kalau ko org pengemis mmg penulis bt percuma tanpa bayaran.tp tada pengemis ada kes camni kecuali org yg ada duit sbb apa.sbb sifat ko org maka Allah uji pula begitu.pikirkan..
Posted by LPJ
Posted by LPJ
Comments
Post a Comment