Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu,
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
Maka semenjak dari masa hilangnya cincin Nabi saw itu, keadaan menjadi huru hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat. Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya.
Ni antara hadis yang menerangkan tentang cincin Nabi Muhammad S.A.W.:
1. Daripada Anas bin Malik berkata: Ukiran cincin Rasulullah S.A.W.: Muhammad satu baris, dan Rasul satu baris, dan Allah satu baris.
2. Daripada Anas: Sesungguhnya ketika Nabi Muhammad S.A.W. hendak masuk ke dalam bilik air, baginda membuang cincinnya.
Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.
Baginda suka memakai cincin. Hadis daripada Anas bin Malek: “Adalah cincin Nabi s.a.w. dipakai pada tangan ini (dan dia menunjukkan kepada kelengkeng jari kiri).” ~ Riwayat Muslim
* Nabi Muhammad s.a.w. menasihati Sayidina Ali sesudah beliau bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, kalau memakai cincin pakailah pada jari manis atau jari kelengkeng (anak jari).
* Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata: ”Rasulullah s.a.w. telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu). ” ~ Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai
* Nabi Muhammad s.a.w. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
p/s: banyak lg cincin lain yg berkat utk dipakai seumpama batu akik yaman dll.filosofinya pemakaian cincin Rasulullah mengambil berkah dan cintakan Rasulullah selain mengikut mistik bahawa si pemakai akan naik derajatnya dan menjadi pemimpin yg berwibawa dan dihormati manusia dan dimuliakan.waalahualam.
Posted via Blogaway
Comments
Post a Comment