Assalamu'alaikum wr.wb. Bismillahir rohmaanir Rohiim. Rahasia Huruf KAF, HA, YA, ‘AIN, SHOD
HA, MIM, ‘AIN, SIN, KHOF
Huruf Kaf : Rahasia nya terbuka tabir.
Huruf Kaf ini bermakna kamalan. Kata kamalan berasal dari kata kamila-yakmalu-kamalan. Pda surah Al-Maidah 5:3, didalamnya terdapat kata berhuruf Kaf, Miim dan Lam. Firman Allah: Pada hari ini akmaltu (Aku sempurnakan) untuk kamu agama mu dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi mu.
Menariknya ayat ini diturunkan pada saat umat Islam merayakan Aidil Adha/Hari Raya Haji.
Huruf Ha’ : Rahasia nya bermaksud Jiwa Keillahian yang keluar dari paru-paru sbagai ungkapan tasbih dan tahmid yang dia yakini bahwa dirinya dari Dia Al-Huwa, bermula diatas Al-Huwa dan berakhir pada Al-Huwa. Huruf Ha’ ini bermakna hidayatan. Kata akar terdiri dari huruf Ha’, Dal dan Ya. Maknanya berkisar pada dua hal:
Pertama, Tampil kedepan memberi petunjuk, dari sini lahir kata hadiy yang bermakna penunjuk jalan kerana ia tampil kedepan.
Kedua, menyampai dengan lemah lembut. Dari sini lahir kata hadiah yang berarti penyampaian sesuatu dengan lemah lembut. Pengantin perempuan dinamai al-hadiyu kerana keluarga menghantarnya kepada suami dengan lemah lembut. Dari akar kata yang sama juga lahir kata al-hadiyu ialah ‘ternakan’ yang dipersembahkan ke Kaabah sebagai tanda pendekatan diri kepada Allah dan untuk memohon kasih sayang Nya.
Huruf Ya : Rahasia nya Hati Rasulullah yakni hati yang mampu untuk menampung seluruh isi alam. Huruf Ya bermakna Yaqinan artinya keyakinan. Yakin adalah sifat ilmu diatas makrifat.
Huruf ‘Ain : Rahasia nya Hakikat Ujud. Ia asal segala yang ada.
Huruf ‘Ain bermakna ‘Ilman. Kata ‘ilman berasal dari kata ‘alima-ya’lamu-‘ilman. Ilmu berarti menjangkau sesuatu sesuai dengan keadaannya yang sebenar. Bahasa Arab menggunakan semua kata yang tersusun dari huruf-huruf ‘Ain, Lam dan Miim dalam berbagai bentuknya untuk menggambar kan sesuatu dengan jelas sehingga tidak menimbulkan keraguan. Allah SWT dinamai ‘Alim kerana pengetahuan Nya yang amat jelas sehingga terungkap segala-gala.
Huruf Shod : Rahasia nya keteguhan ilmu Arifbillah.
Huruf Shod bermakna Shabran. Kata Shabran berasal dari kata shabara-yashbiru-shabran yang maknanya adalah kesabaran. Firman Allah : Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan salam didalamnya.
Huruf Ha : Rahasia nya pengisian alam dengan keindahan.
Huruf Ha bermakna Hikmatan. Kata yang menggunakan huruf Ha, Kaf dan Miim ini berkisar maknanya pada ‘menghalangi’. Memilih perbuatan terbaik dari dua hal yang buruk pun dinamai hikmah dan pelaku nya dinamai hakim (bijaksana). Siapa yang tepat dalam penilaian dan dalam pengaturan Nya, dialah yang hakim.
Firman Allah : Allah menganugerahkan alhikmah. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang berakal sajalah yang dapat mengambil pelajaran. (Al-Baqarah 2:269)
Huruf Miim : Rahasia Tauhid. Rahsia nya damai.
Huruf Miim bermakna maghfiratan. Kata maghfiratan berasal dari kata ghafara-yaghfiru-ghafran-ghufranan-maghfiratan. Kata ghafara berarti menutupi sesuatu dan mengampuni dosa, yakni penutupan dosa-dosa karena kemurahan dan anugerah Allah.
Huruf Miim juga bermakna mata’an yang maknanya kesenangan.
Huruf ‘Ain : rahasia nya hakikat ujud.
Huruf ‘Ain juga bermakna ‘Afwan. Kata ini berasal dari kata ‘afa-ya’fu-‘afwan. Kata yang terdiri dari huruf ‘ain, fa’ dan wauw. Dari sini lahir kata ‘afwu yang juga diartikan menutupi, bahkan dari rangkaian tiga huruf ini juga lahir makna terhapus atau habis tiada berbekas.
Huruf Sin : Rahasia nya Allah diatas arasy ujud.
Huruf Sin bermakna salamatan. Kata salamatan berasal dari kata salima-yaslamu-salamatan, yang maknanya keselamatan. Terdiri dari huruf sin, lam dan miim maknanya berkisar kepada keselamatan dan keterhindaran dari segala yang tercela. Allah memberi salam kepada hamba-hamba nya disurga kelak. Surah Yaasin 36:58 : Salam sebagai ucapan dari Tuhan Yang Maha Pengasih. Huruf Sin juga bermakna sa’adatan yang berasal dari kata sa’ida-yas’adu-sa’adatan yang bermakna kebahagian dan keberuntungan.
Huruf Qaf : Rahasia nya penerimaan curahan keyakinan.
Huruf Qaf bermakna qurban. Qurban berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurban-qurbanan yang bermakna kedekatan. Huruf Qaf bermakna qana’atan. Berasal dari qani’a-yaqna’u-qana’an-qana’atan yang secara bahasa bermakna rela atau suka menerima yang dibagikan kepadanya.
khaf: menutup semua/menguasai
ha: hak
ya: yang telah ditetapkan sebelumnya
‘ain : ucapan
shod: yang benar dan nyata.
menutup semua/menguasai hak yang telah ditetapkan sebelumnya dan ucapan yang benar dan nyata.
khaf ha ya ‘ain shod dibaca 333 x sangat bagus untuk mengisi semua ilmu dialam semesta.
baca bismillah khaf ha ya ‘ain shod 13 x tahan nafas, untuk mengobati, memproteksi apapun, mengisi ilmu ke benda /orang, dll.
Bismillahirrahmanirrahiim
Kaf-Ha'-Yaa-'Ain-Sod
Kaf : Kamaa in anzalna huminassamaa i fakhtalatobihi nabaatul ar. Paasbaha hasiman tazru huriyyah. Ya haf koliza i.
Ha' : Huallah hullazi la ilaha illa huwal 'azi mulghaib. Wassahaadati warrahmanirrahim. Ya kapaslia i.
Yaa : Yaumal 'azi mipati izil kulub. Ladalhanaazi rokalzimi namalizzolimin. Namil hamimin wala shafie yuuto-'u naya darza i.
'Ain : 'Alimat nafsomma ahdorot kala uqsimubil khomsijawa rilqunnas wallaili iza asaa'asa wassubhi iza tanappas. Ya waghrila iz.
Sod : Sood, Walquranizizikri balillazi nakafaru piizzati wasiqoh yada' sa' ya i tawakkaltu ya qoddam haazihil aatisharif ta'iinu alayya kodoo hawaa iji. Ajali Ajali AlWahab AlWahab assi'al bihaqqitaurat walinjil walzabur walfurqan warhurni warammiyyi nasromminallah wafathom koribon wabashiril mukminin.
Ha-Miim-'Ain-Sin-Qof
Huruf2 Nuranniyyah ialah huruf2 yg terdapat pada awal surah di dalam Al-Qur’an dan mengandungi berbagai khasiat/rahsia yg tdk terhingga banyaknya.
Kata Imam Ad-Dairaby ” kebanyakan ulama’ ahli hikmah berpendapat bahawa huruf-huruf Nuraniyyah ini mengandungi berbagai khasiat. Antara lain :
a) S. Abdurrahman bin ‘Auf ra bila ingin agar harta bendanya tdk hilang tentu beliau tuliskan huruf-huruf Nuraniyyah di atasnya.
b) Sebahagian salaf shalih jika tengah mengendarai kapal laut senatiasa membaca huruf2 Nuraniyyah erlebih dahlu, katanya ” Jika huruf2 ini dibaca baik di daratan maupun di lautan, nescaya pembacanya selalu dijaga Allah S.W.T. dari kerosakan.
c) Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya ” Khaawaashul-Qur’an ” menyebut bahawa ” huruf-huruf Nuraniyyah” ini sering dipergunakan oleh para ‘arifiin utk berbagai kesulitan di laut iaitu utk menenangkan gelombang dan badai.
Didalam bab Mengenal Diri huraian pada Kaf-Ha-Ya-'Ain-Sod tersangat jelas bagi yang mengetahui nya. Ianya bukan hanya sekadar bacaan. Tauhid Afal adalah pembuka kepada pegangan makrifat.
Kaf : Terbukanya tabir Tabir yang mana?
Ha' : Jiwa keIllahian yang keluar dari tiupan roh Nya. ???????
Yaa : Hati Rasulullah
'Ain : Hakikat wujud Wujud apa?
Sod : Kekentalan Ilmu para Arif Billah. Siapa Arif Billah?
Bacaan ” Kaaf Haa’ Yaa ‘Ain Shood ” seraya satu persatu jejari tangan kanan anda digenggam. Lihat ringakasan di bawah :
Kaaf – jari kelingking
Haa’ – jari manis
Yaa – jari tengah
‘Ain – jari telunjuk
Shood – ibu jari
Ha-jari kelingking
Mim-jari manis
Ain-jari tengah
Sin-jari telunjuk
Qaf-ibu jari
Ini digunakan bagi menutup/kunci atau meleburkan sedangkan dalam al hikmah teknik jari diterbalikkan bg membuka dan menyerang.
P/s:kebanyakan khasiat berkaitan hati dan meleburkan..
As salam tuan,
ReplyDeleteSaya mohon utk baca dan difahami.
Syukran.
Silakan
DeleteSilakan
Deletebagaimana cara nak sertai al ikhmah..
ReplyDeletehttp://persatuanalhikmahmalaysia.blogspot.my/?m=1
Deletebagaimana cara nak sertai al ikhmah..
ReplyDeletehttp://persatuanalhikmahmalaysia.blogspot.my/?m=1
DeleteSilakan mas. .
ReplyDeleteSalam saya dari malaysia,saya ingin bertanya bila kita menggunakan kaf ha ya ain shood,ha mim sin ain qof berubah menjadi panas seolah api bila diguna dalam melindungi diri..berbanding menggunakan kaf ha ya ain shood,ha min ain sin qof
ReplyDelete