Skip to main content

RAJAHAN CAHAYA

isim kholisoh jariyah
wafak laqad jaakum
wafak sulaiman & pengasih yusuf
isim yasin dan sulaiman





Rajahan badan menggunakan tinta zafaran merah dan emas serta dihilangkan menggunakan campuran air keramat dan minyak tertentu..cara ini merupakan cara altenatif bg kita yg tidak dibenarkan merajah badan dgn cara moden..ini adalah warisan dr dulu lg secara spiritual rajahan yg ditulis akan menghasilkan pantulan cahaya berbentuk rajah tertentu dgn cara dan ritual tertentu..tp kita diharamkan merajah dgn rajahan berbentuk haiwan dan binatang pd badan..rajahan ini bersifat kekal selagi kita masih hidup kerna tubuh badan yg menghasilkan kekuatan energi rajahan tersebut..setiap rajahan berbeza kegunaan n khasiatnya..rajah tidak semestinya di badan tetapi juga dimuka,tangan,bahu,kaki..tergantung pd keperluan..cakra2 dan kekuatan yg diperlukan.ia tidak berkaitan dgn khodam dan bkn bersifat hitam..Habib Zaynul 'Abidin Ba'alawi berkata dalam kitabnya Al Ajwibah Al Gholiyah Fii 'Aqidatil Firqotin Naajiyah bab Berubat dengan Al Qur'an dan Nama-nama ALLAH : "Boleh menulis tangkal dan azimat dan menggantungkannya pada manusia dan binatang jika tidak ada di dalamnya kalimat yang tidak diketahui artinya. Maka sungguh telah tetap, bahwa Rasulullah SAW mengajarkan kepada mereka (para sahabat) dari ketakutan : Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari marah-Nya dan siksa-Nya dan kejahatan hamba-hambaNya dan dari godaan syaitan dan kehadiran mereka. Maka adalah Abdullah bin Umar ra. mengajarkannya kepada anaknya yang sudah 'aqil (dewasa) dan menulisnya dan menggantungkannya kepada anaknya yang belum 'aqil (dewasa)"
(HR. Abu Daud dan Turmudzi)
Sekumpulan ulama Salaf berpendapat boleh menulis beberapa ayat Al Qur'an untuk penyakit 'Ain (mata jahat) kemudian meminum air basuhan tulisan tersebut. Berkata Imam Mujahid, "Tidak apa-apa menulis Al Qur'an dan membasuhnya dan meminumkannya kepada orang sakit". Dan seperti itu juga diriwayatkan dari Abi Qilabah. Dan disebutkan riwayat dari Ibnu Abbas bahwa beliau menyuruh menulis 2 ayat Al Qur'an untuk wanita yang sulit melahirkan, lalu membasuhnya dan meminumnya.
Dan berkata Ayub, "Aku pernah melihat Abu Qilabah menulis tulisan sebagian dari Al Qur'an lalu membasuhnya dengan air dan meminumkannya kepada seseorang laki-laki yang punya penyakit"
(Kitab AT Thibbun Nabawi halaman 133)
Wafak/rajahan adalah suatu cabang ilmu hikmah.
Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur'an dan Asma Allah terbahagi kpd 2 kategori :
1. Pertama : Maqru' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Allah dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
2. Kedua : Mahmul yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Allah dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di suatu tempat atau dibawa atau dirajah langsung pd tubuh
Sabda Nabi : "Bila seorang hamba menulis Basmalah pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya keampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu". ( HR.Thabrani ).
Istilah Rajah berasal dari kata Rojaha - Yarjahu - Rujhaanan artinya sangat kuat atau lebih berat. Sedang arti Rajah menurut istilah yaitu Wafaq berupa ayat Alquran atau Asma Allah yang ditulis pada benda seperti batu, kertas, logam atau lainnya. Rajah biasanya ditulis pada organ tubuh manusia selain auratnya secara Abstrak untuk mendapat kekuatan, keselamatan dan perlindungan dari gangguan syaitan, jin dan manusia yang zalim.
Apa itu wafak?
Wafaq ialah tulisan yang menggunakan huruf abjad,sama ada huruf abjad itu ditukar dengan huruf tanggah yang berasal dari huruf suryani dan ibrani atau angka yang bersama dengan nilai huruf itu atau dengan menggunakan rajah-rajah mengikut kiraan ilmu falakiah dan hijiyah.
Menggunakan wafaq didalam ikhtiar menguatkan jiwa,amat bergantung kepada keyakinan seseorang,dan ia merupkan syarat yang utama di dalam keberhasilan.Walaubagaimana pun kita tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada kuasa wafak,selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafak itu,adalah kerana keizinan Allah jua.Secara umumnya sesiapa sahaja boleh menulis wafaq,jika mereka mengetahui syarat,peraturan serta penguncinya..

Comments

  1. Assalau'alaikum, Tuan - mohon pencerahan akan kelebihan wafaf dalam setiap gambar dalam posting di atas.

    Merak Langit.

    ReplyDelete
  2. kalo nak terangkan mmg panjang tuan.ada diantara setengah rajahan terdapat di mistikshop blogspot dlmn bentuk loket.dan raha diatas sekali ialah isim kholisoh jariyah yg sedang sy rajahkan pd tubuh teman di indonesia.tq

    ReplyDelete
  3. As salam tuan.. ada syarat2 ke kalau ada yg berminat nak menulis wafak tersebut seperti diatas... maksudnye, adakah semua org blh dirajahkan tau hanya mereka yg dh mahir ilmu2 tertentu.. terima kasih tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam tuan.semua blh dirajahkan tuan.syarat nak belajar islam n waras serta tau tulisan jawi.rajahan adalah sebenarnya kiraan soduku.sesuatu ayat al quran kita tukarkan kpd nombor.insyallah dpt dipelajari ketika tau menulis 1-9 dlm jawi dan adab2 penulisan wafak serta waktu2 penulisannya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JALJALUT SUGHRO BISMILLAH

Rajahan jaljalut basmallah ini  dari kitab " Manba'u Usulil Hikmah ", Disusun oleh Sayyidina Al-Imam As-Syeikh Al-Bahr Ahmad Ibni Ali Al-Buuny, Jaljalut merupakan Bait-Bait Ilmu Hikmah yg mempunyai ke khususan dan ke ghaiban pada setiap baitnya, Allah S.W.T meletakkan rahsia-rahsia didalam bait Jaljalut ini Ilmu-Ilmu ghaib dan ke khususan2 bagi pembacanya, bait Jaljalut terbagi dua bagian Sughra 60 Bait dan Qubra 360 Bait, Dalam kesempatan ini saya coba terjemahkan Bait Jaljalut Sughra 60 bait.Dan telah penulis mudahkan dgn membuat rajahan jaljalut yg mempunyai khasiat basmallah dan surah al fatihah serta pelbagai rahsia didlmnya seumpama sempurnanya khasiat 30juzuk al quran dimana kita ketahui 30juzuk al qutan itu terkandungnya didlm ibu doa iaitu al fatihah dan basmallah itu kuncinya al fatihah sedangkan ba itu kuncinya basmallah.penulis akan huraikan sedikit dr khasiatnya jaljalut dr bait basmallah ini.. Barang siapa yang senantiasa ( Istiqomah ) membaca Bait di atas

Misteri Kelebihan Sarang Burung Tempua

Sarang burung tempua mempunyai jantan dan betina.berbeza bentuk maka yg pendek merupakan sarang bagi burung jantan bertengek dan yang panjang bagi burung betina bertelur. Sarang sering digunakan bagi hiasan atau pun yang berunsur mistik.sarang tempua kekadang yang rare akan terdapat buluh perindu atau bulu perindu sebagai jalinan sarang burung tersebut. Burung tempua juga memilih membuat sarang pada tempat yg sukar dicapai dan dekat pada sumber air. Mengikut kitab kuno raja sulaiman tempua merupakan salah satu dari jenis burung mistik seperti pelatuk yg merupakan utusan Nabi Allah Sulaiman..kelebihan sarang tempua adalah sebagai pelaris pabila digantung pd tempat perniagaan dan pelet bagi memanggil kekasih yg lari atau ditinggalkan.pendinding dr sihir dan kianat.semua ini mengambil filosofi dari sarang itu sendiri dimana pelaris adalah disebabkan sejauh mana burung keluar mencari makan pasti akan pulang kesarang selain dr bahan sarang itu sendiri mempunyai buluh perindu.sebagai media p

Kegunaan Buhur,Dupa,Kemenyan Dan Khasiatnya

Kemenyan dizaman Nabi dan Salafus Soleh juga menjadi bagian dari beberapa ritual umat Islam. Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat sendiri sangat menyukai wangi-wangian, baik yang berasal dari minyak wangi hingga kemenyan, sebagaimana disebutkan didalam berbagai hadits. Misalnya hadits sahih riwayat Imam Muslim dan Imam Al-Bukhari berikut ini : عَنْ نَافِعٍ، قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ «إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ» ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “Dari Nafi’, ia berkata, "Apabila Ibnu Umar mengukup mayat (membakar kemenyan), maka beliau mengukupnya dengan kayu gaharu yang tidak dihaluskan, dan dengan kapur barus yang dicampurkan dengan kapur barus. Kemudian beliau berkata, “Beginilah cara Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa Sallam ketika mengukup jenazah (membakar kemenyan untuk mayat)”. (HR. Muslim) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ ر