Skip to main content

Perjanjian Jin Dengan Rasulullah

Pada post lalu penulis ada menulis tentang 7perjanjian nabi sulaiman.
perjanjian ini bukan perjanjian sulaiman dengan Allah, tetapi perjanjian Sulaiman dengan jin tua bernama Umm Shibyaan.. dia merupakan salah satu jin tua yang memiliki banyak sekali anak buah.. berjenis kelamin perempuan dengan bentuk yang besar.. suaranya menggegar laksana halilintar, ia dapat menumbangkan pohon2 hanya dengan suaranya..matanya tajam laksana petir menyambar... mulutnya seringkali terbuka...

Umm Shibyan ini berbeza dengan Al-Daulat Wa Hayram As-Sibyaan (salah satu iblis yang ditaklukkan Sulaiman. *diambil dari manuskrip kuno yang tersimpan di simpanan sebuah istana di Spanyol)) Al-Daulat ini berbadan kambing, berwajah perempuan rambut panjang dengan tujuh kepala dan menggendong seorang anak kecil...

Tapi kalini penulis nak terangakan tentang perjanjian Rasulullah dgn jin.
Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, "aku telah mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata", Wahai Rasulullah, sedang aku berbaring, tiba-tiba aku mendengar desiran suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruangan rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu, aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar."

Lalu Rasulullah SAW menerangkan, "Itu adalah syaitan yang mahu mengganggu dan membuat keburukan di rumahmu, wahai abu Dajanah."
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib menulis tulisan ini. Maka Saidina Ali pun menulisnya seperti berikut:

Maksudnya;
"Inilah perutusan dari Muhammad Rasul sekian alam. Kepada mereka yang datang mengerjakan umrah dan berziarah. Amma ba’du. Sesungguhnya kebenaran itu adalah perlindungan bagi kita. Jika engkau terlalu baik, jahat, pemimpin yang sebenar ataupun yang bathil. Inilah kitab Allah yang membicarakan dengan sebenar-benarnya kepada kita, sesungguhnya Kami mencatatkan apa yang kamu lakukan dan malaikat kami menulis segala apa yang engkau sembunyikan. Tinggalkanlah pembawa utusan ini dan pergilah kepada penyembah berhala dan mereka yang menyangka bahawa ada tuhan lain selain Allah. Katakanlah tiada tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu akan hancur melainkan Dia. Baginyalah segala ketentuan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Haa Miiim, mereka tidak akan diberi pertolongan, Haa Miim, Ain Siiin Qaaf. Berpecah belahlah musuh-musuh Allah, Hujah Allah itu amat jelas, Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah. Allah akan memberikan kecukupan kepadamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maha benarlah Allah Yang Maha Besar."

Maka dikhabarkan selain 7 perjanjian sulaiman.maka barangsiapa meletakkan perjanjian ini dirumah atau dibacakan pd org kerasukkan maka pergilah jin td dr tubuhnya dan rumahnya.

P/s:tak dibenarkan copy kalau tak komen.blh gitu?yg tak komen tu mesti byk spy ja kan.ngaku cpt sblm sy baca ni kat telinga.hahaha


Posted via Blogaway

Comments

  1. tuan jgn baca dekat tlinga sy, sy bkn spy hihi...tuan nk baca atau amal atau tulis, kena ade ijazah dahulu ker tuan? Ilmu yg brmanfaat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah ijazah ni tuan..cukup paham makna apa Rasulullah sampaikan ni.kuncinya pd bacaan ha mim ain sin qaf tu.hehe

      Delete
    2. kunci nya tu yg buat jin takut yek hehe...

      Delete
  2. Sy nk tulis, nk baca dan nk amal boleh x? Tp level spm ja la hahah.. Spy??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan tuan.Rasulullah nabi sekalian alam yg memberikan petunjuk pd umatnya..
      Satu lg ni ayat kat wikipedia pun ada org mls kaji.ayat nabi sulaiman.khas dan ditakuti jin serta syaitan.baca pd org kerasukan atau brg berkhodam hitam maka hilang khodam dia hancur.baca tafsir surah saba ayat 11.

      Delete
  3. mohon izin untuk copy paste ya.nak buat pakaian diri.

    ReplyDelete
  4. Mohon izin coypaste Mahaguru semoga Allah swt membalasnya

    ReplyDelete
  5. Saya mohon copy dan amalkan.. boleh tak ?

    ReplyDelete
  6. izinkan saya print, nak lekatkan kt rumah....

    ReplyDelete
  7. izinkan saya print, nak lekatkan kt rumah....

    ReplyDelete
  8. As salam,tuan.blh minta ijazahnya

    ReplyDelete
  9. As salam,tuan.blh minta ijazahnya

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum HLPJ,izin copy yer.

    ReplyDelete
  11. Mohon share
    Terima kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan haji minta izin menyalin ayat ni untuk amalan terima kaseh

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan haji minta izin menyalin ayat ni untuk amalan terima kase

    ReplyDelete

Post a Comment