MELAYU PENCETUS ISLAM AKHIR ZAMAN MELAYU ITU USULNYA AGAMA - BAHASA JIWA BANGSA - BUDAYA RAGA BANGSA - ADAT MARTABAT BANGSA DAJJAL MUNCUL SEBAGAI PENGUJI IMAN
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin”(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman r.a., lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah kamu dengar dari Rasulullah SAW tentang Dajjal." Hudzaifah lalu berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya berserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang sejuk dan tenang. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara kamu semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, kerana sesungguhnya ini adalah air sejuk dan tenang." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Saya pun benar-benar pernah mendengarnya seperti itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagai panduan dan kaitan tentang kemunculan Dajjal maka disertakan 16 Petanda Besar Kiamat sebagai kaitan dengan perkara tajuk.
1. Allah Datangkan Penyakit Tanpa Ubat
2. Dajjal Bermaharajalela
3. Munculnya Imam Mahdi a.s
4. Pengistiharan Perang Sabil
5. Turun Nabi Isa a.s Dari Langit dan Bergabung Dengan Imam Mahdi a.s
6. Dajjal Di Bunuh oleh Nabi Isa a.s 7. Islam Memerintah, Dunia Kembali Aman Dan Kemewahan Melimpah-limpah 8. Manusia Kembali Kafir
9. Muncul Yakjuj Dan Makjuj
10. Muncul Raksaksa Di Mekah
11. Quran Di Angkat Ke Langit
12. Tiupan Angin Untuk Mematikan Orang Beriman
13. Manusia Seluruhnya Kafir
14. Iblis Di Bunuh
15. Matahari Naik Dari Barat
16. Tiupan Sangkala Oleh Malaikat Israfil as
Kita dapat membaca dan mendapat pentafsiran dalam berbagai2 bentuk dan hujjah tentang dajjal dan apa saja perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Perlu di ingat dan difikir, setiap kejadian yang wujud di alam ini sama ada kecil atau besar semuanya adalah dari Allah SWT. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja hanya mengatakan: "Kami telah beriman ? ", sedangkan mereka belum diuji lagi?" (Al-Ankabuut; 2) "Dan Sesungguhnya Kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabuut; 3) Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaak: 35]
KENYATAAN TENTANG DAJJAL Dinyatakan Dajjal Dilahirkan 200 Tahun Sebelum Kelahiran Nabi Musa as Surah Thaha; 95 - Herdikan Musa as terhadap Samiri: Berkata Musa: “ Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”. Ayat 96: Samiri menjawab: “ Aku ketahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasul lalu aku melemparkannya dan demikianlah nafsuku memujukku” Dajjal Pernah Wujud Pada Zaman Baginda Nabi Muhammad SAW; Diriwayatkan Nabi SAW bersama 4 orang sahabat telah berjalan di sebuah lorong, maka mereka terpandang seorang laki-laki sedang bercekak pinggang sambil memandang ke arah mereka sehingga melahirkan api yang bernyala-nyala di matanya. Lalu bertanyalah salah seorang sahabat Nabi SAW; “Siapakah gerangan lelaki berkenaan, ya Rasulullah.” Maka Nabi SAW menjawab : “ Itulah Dajjal”. Setelah mendengar Sabda Nabi SAW maka salah seorang sahabat iaitu Sayidina Umar Al Khattab mengeluar pedangnya untuk memancung kepala Dajjal itu. Tetapi ditegah oleh Nabi SAW dan bersabda; “Jangan , Dajjal Itu Program Untuk Ummatku Diakhir Zaman.” Namun Saydina Umar AlKhattab tetap mengikut Dajjal dan menunggu Dajjal disebuah lorong. Apabila Dajjal lalu disitu dan hampir, maka di tamparnya dajjal sehingga terkeluar sebiji mata dajjal menjadi buta. Dajjal berlari sambil meraung raung kesakitan. Untuk mengelakkan Dajjal berbuat perkara yang tidak diingini pada zaman itu, maka ALLAH S.W.T memerintahkan Malaikat Jibrail as menangkap dan mengikat Dajjal dan diletakkan disebuah pulau yang jauh dari manusia dan malaikat Jibrail as diperintahkan oleh ALLAH S.W.T untuk mengawasi Dajjal itu.
Tamim Ad adalah seorang Sahabat Nabi SAW. Hanya beliau saja seorang manusia biasa yang diizinkan Allah SWT untuk bertemu dengan Dajjal. Jadi apa yg berlaku pada Tamim Ad Dari adalah anugerah Allah SWT. Oleh itu apa yang berlaku pada Tamim mesti diambil Panduan dan Pedoman, selain dari Panduan Rasul2 dan Nabi2 , maka Panduan Para Sahabat juga adalah keutamaan untuk diambil pengajaran. Oleh itu segala kisah Tamim berkaitan dengan Dajjal, samaada melalui Hadis atau Hikayat semuanya boleh diguna pakai untuk menjadi sandaran. Kerana beliau adalah seorang Sahabat Nabi SAW. Segala catatan dari Perjalanan Tamim Habibul Ad Dari ada di riwayatkan melalui Hadis Nabi dan untuk Umat Bangsa Melayu terdapat Hikayat Tamim Habibul Ad Dari yang diguna pakai oleh orang2 Melayu Dahulu sebagai satu Kitab Melayu yang unggul. Catatan Dialog Pertemuan Tamim Ad Dari dengan Dajjal berlaku sebanyak 2 kali;
1. DIMASA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW Tamim Ad Dari belayar bersama 30 Ahli Pelayar bersama sebuah kapal. Kapal mereka telah di bawa angin ribut dan terdampat disebuah pulau yang menempatkan Dajjal. Hasil dari dailog dengan Dajjal, apabila balik dari pelayaran Tamim terus bertemu Nabi Muhammad SAW dan memeluk Agama Islam. Dajjal Menurut Hadis Setelah selesai solat, Nabi saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum Nabi bersabda. “Hendaklah setiap orang kekal di tempat salatnya” Selanjutnya Nabi bersabda; “Apakah kamu semua mengetahui sebab apa aku mengumpulkan kamu?” Mereka menjawab; “Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Nabi bersabda; “Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam” “Tamim menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Akhirnya mereka berlabuh di sebuah pulau. Mereka duduk di pantai dekat perahu. Ketika mereka duduk, dan hari hampir gelap, mereka telah didatangi seekor binatang yang banyak bulunya(Dabbatul Ard). Mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya. Mereka berkata, “Celaka, apakah kamu ini ?” >> Dabbatul Ard – juga disebut Jasaasah Binatang itu menjawab; “Aku adalah penjaga”. Mereka bertanya; “penjaga apa?” Binatang itu menjawab; “Aku adalah penjaga kepada orang yang ada di pulau ini. Binatang itu berkata kepada Tamim; “Pergilah kamu kepada orang yang berada di gua itu kerana dia sangat merindukan berita dari kamu” Tamim berkata: “Ketika binatang itu menyebutkan kepada aku seorang, aku tinggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan betina. lalu Tamim terus berangkat segera memasuki gua. Tiba didalamnya, Tamim dapati ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya” Tamim berkata; “Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?” Dajjal berkata; “Kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu”. Tamim menjawab, “Aku adalah manusia dari Arab. Aku menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan aku selama sebulan. Kemudian berlabuh di pulau ini. Aku didatangi seekor binatang yang berbulu lebat(Dabbatul Ard). Aku bertanya, ”Celaka, binatang apa kamu ini? Binatang itu menjawab; “Aku adalah penjaga” Tamim bertanya; “Penjaga apa?” " Binatang itu menjawab; “Aku adalah penjaga kepada orang yang ada di pulau ini. Pergilah kamu kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu. Maka aku pun segera mendapatkan kamu. Aku takut pada binatang itu dan aku tidak tenang takut2 ia adalah syaitan betina”
Lalu Dajjal bertanya kepada Tamim; “Beritahu kepadaku tentang kurma Baisan!” (Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.) Tamim; “Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”. Dajjal: “Apakah pokok kurmanya berbuah?”. Tamim; “Sesungguhnya pohon kurma itu tidak akan berbuah.’
Dajjal; “Beritahu kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!” (Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapal. Tetapi airnya semakin berkurangan. Rasa airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu). Tamim; “Tentang apanya yang engkau nak tanyakan”. Dajjal; “Apakah tasik itu masih berair?” Tamim; “Ya Tasik itu masih banyak airnya, tetapi sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dajjal, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!” (Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini). Tamim; “Mengenai apa yang nak engkau tanyakan?”. Dajjal; “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mengambil manafaat dari mata air itu?” Tamim; “Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut”
Dajjal; “Terangkan kepadaku tentang Nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apakah yang dilakukannya?. Apakah Dia telah keluar dari Mekah menuju Madinah?. Apakah orang-orang Arab mengikutinya?”. Tamim; “Ya”. Dajjal; “Bagaimana caranya dia melayan mereka?”. Tamim; “Dia telah menundukkan orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya” Dajjal; “Benarkah demikian?”. Tamim; “Ya, lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya”
Dajjal berkata; “Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku ; Aku ini adalah aI-Masikh Ad Dajjal. Aku hampir diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku mengelilingi dunia selama 40 hari kecuali Kota Mekah dan Thoibah (Madinah). Ke2-2 kota itu diharamkan bagiku.” “Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggal leherku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.” Nabi Muhammad saw bersabda; ”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah.” “Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di laut Syam atau di laut Yaman, bukan dari arah timur,bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.” Didalam dialog diatas adalah pertemuan pertama Tamim sebelum masuk Islam. Pertemuan kali pertama Tamim adalah bersifat Peingatan UMUM kepada seluruh Umat Islam Di Dunia. Untuk menyokong Pesanan Nabi Muhammad SAW, tentang Dajjal Yang Akan Keluar.
2. Dimasa Pemerintahan Saydina Umar Al Khattab Sabdalah Nabi SAW; “Wahai segala sahabatku yang ada di sini, adalah seorang di antara tuan-tuan ini, ada seorang lelaki yang hidupnya dapat melihat keindahan didalam syurga dan segala yang ajaib-ajaib dibawah langit dan juga didalam bumi. Setelah itu maka nanti ia kembali pula ke rumahnya dan bertemulah ia dengan anak dan isterinya” Lalu dijawab oleh segala sahabat; “Siapakah agaknya yang beroleh kurnia ALLAH SWT antara kami ini? Maka sabda pula Rasulullah SAW;"Wahai sahabatku sekalian, tiada bolehlah aku katakan kerana tiada firman ALLAH Taala yang mengatakan siapa-siapakah ia" Nabi telah mengkhabarkan ada dikalangan Sahabat. Maka inilah yang berlaku keatas Tamim Ad Dari.
PETIKAN DARI HIKAYAT TAMIM HABIBUL AD DARI DIALOG TAMIM AD DARI DENGAN DABBATUL ARD Tamim bertanya: “Siapakah tuan hamba ini?” Berkatalah binatang itu, "Hamba ini ialah binatang(Dabbatul Ard) yang akan dikeluarkan pada kemudian hari, keluar di antara Safa dan Marwah dan hambalah yang akan membeza antara Islam dan Kafir. Hamba akan tandakan, yang Islam dengan tanda Islam, adapun yang kafir hamba tandakan dengan kafir" Setelah mendapat jawaban, Tamim bertanya lagi kepada Dabbatul Ard, “Siapakah yang mahu bertemu dengan hamba?”. Dabbatul Ard pun menjawab,"Dajjal, dialah yang akan keluar di Akhir Zaman di antara Safa dan Marwah” Dabbatul Ard terus menjelaskan,”Dan dajjal itu jugalah yang akan membezakan antara Islam dan kafir . Kerana siapa yang Islam akan ditanda dengan Islam, yang kafir akan ditanda dengan kafir" Dalil Dari Firman Allah Surah An Namal; Ayat 82 “Telah kami keluarkan Dabbatul Ardi diakhir zaman dari bumi yakni diantara Safa dan Marwah dan pada mereka itu akan ada tanda, orang Islam ada tanda Islam dan orang kafir akan ada tanda kafir. Sesungguhya perkara ini akan benar-benar berlaku kepada seluruh manusia ketika itu”
DIALOG TAMIM AD DARI DAN DAJJAL Tamim; Bilakah masanya kamu akan keluar Dajjal ; Aku akan keluar apabila ada perempuan bebas menunggang kuda Dajjal; Adakah dikalangan Sahabat selepas wafat Rasulullah SAW berkelahi sesama sendiri Tamim; Tidak ada dikalangan Sahabat yang berkelahi sesama sendiri (Lalu Tamim meludah pada dahi dajjal dan menyuruhnya diam. Tamim mengucapkan Kalimah Tayyibah (LailahaillahMuhammadaRasulullah) maka serta merta badan dajjal mengecil seperti daun kayu dan kerdil tidak kelihatan Dajjal; Adakah ada dikalangan umat Muhammad SAW membuat dosa besar seperti membunuh orang yang tidak bersalah, berzina, fitnah, makan riba, ambil harta anak yatim, saksi dusta, tinggal solat dan tidak keluarkan zakat Tamim; Ada, sesetengah orang melakukan demikian Bila terdengar jawaban Tamim itu maka berkata dajjal; “maka sudah dekat masanya untuk aku keluar dari penjara pulau ini” Maka bertempik gembira Dajjal sehingga 7 petala bumi dapat mendengar suara dajjal itu. Dan dapat didengari oleh malaikat, maka datanglah malaikat dengan tongkat besi panas yang menyala – nyala lalu dipalunya dajjal maka diamlah dajjal dan mengecil seperti sedia kala. Setelah bertemu dengan Dajal maka Tamim pun beredarlah dari gua tempat Dajjal itu. Dan meneruskan perjalanannya dengan keadaan yang lapar dan dahaga. Maka sampailah Tamim ke suatu pulau.
ULASAN DIALOG TAMIM AD DARI DAN DAJJAL Dajjal; “Aku akan keluar apabila ada perempuan bebas menunggang kuda" Pada Syariat Perempuan yang betul2 menunggang kuda. Memang telah ada dan banyak berlaku. Terutama perempuan yg ada status, kedudukan dan berharta Pada Tariqat Perempuan yang bebas memandu kenderaan, tidak kiralah apa jenis kenderaan untuk membuat sebarang urusan. Pada Hakikat Perempuan yang bebas, bekerja , belajar, pergi balik tanpa kawalan penjaganya.Sedangkan pada Hakikatnya perempuan mesti dijaga dan dikawal agar terselamat dari kejahatan syaitan jin dan syaitan manusia. Pada Makrifat Perempuan yang bebas menentukan haluan hidup sendiri, dalam sebarang urusan samada soal hidup, soal beragama atau bebas membuat sebarang pilihan. Sedangkan pada Makrifatnya perempuan mesti diasuh, dibimbing dan dipimpin dalam soal agama dan ketaatan. Sebab inilah dinyatakan, antara pengikut dajjal yg terbanyak adalah dikalangan wanita. Dan juga kalangan lelaki, yang tidak ada Jati Diri sebagai Orang Beriman dan sebagai Khalifah Allah. Antara senjata Dajjal ialah Cintailah Dunia, Kejarlah Kemewahan Hidup Dunia. Lengkapkanlah Keperluan Hidup Dunia, Perdulikan Masyarakat Kamu, pentingkan soal keperluan hidup kamu. Inilah ketepatan Sabda Nabi saw; “ Umatku diakhir zaman ditimpa Penyakit Cinta Dunia dan Takut Mati”
DIALOG TAMIM AD DARI DENGAN NABI ALLAH KHIDIR AS Sabda Nabi Allah Khidir, “Ketahui olehmu itulah Dajjal yang dilaknat. Dajjal akan dilepaskan dari penjara pulau, dari rantainya dan akan dikeluarkan Allah SWT apabila sampai masanya.” Sabda Nabi Allah Khiddir, “Allah akan keluarkannya diakhir zaman. Keadaannya ialah membawa syurga di sebelah kanan dan neraka dari sebelah kiri. Padahal yang disebelah kiri itulah sebenar syurga dan disebelah kanan itulah sebenarnya neraka dan dialah yang banyak membinasakan umat Muhammad SAW. Maka akan turun Nabi Allah Isa as untuk membunuh dajjal. Lalu katanya pada bumi, “Ya Rabbi” maka bumi pun menelan kaki dajjal, lalu datanglah Nabi Isa as membunuh dajjal”
Ciri2 dajjal
Rasulullah bersabda :
"Tidak ada lagi kesamaran (ketidak jelasan) tentang dajjal. Sesungguhnya, ia akan muncul dari arah timur. Kemudian ia menyeru atas namaku, hingga ia diikuti banyak orang. Kemudian ia memerangi mereka dan dapat menguasai mereka".
Fitnah dajjal sangatlah bahaya, hingga banyak orang yang akan terjebak dengan fitnah tersebut. Rasulullah memerintahkan kepada umatnya agar memohon perlindungan dari fitnah dajjal setiap shalat.
Ciri-ciri fisik dajjal menurut hadits
Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda : " ...maka aku pergi sambil menoleh, tiba-tiba ada laki-laki yang berkulit merah dan rambutnya berombak."
Dalam hadits Hudzaifah juga disebutkan : "Sesungguhnya dajjal itu matanya terhapus dan diatasnya terdapat selaput mata yang tebal..."
Dari Abu Sa'id Al-Khudri, Rasulullah bersabda : "Dan tidaklah diutus seorang nabi yang diikuti itu, kecuali intuk memperingatkan kaumnya terhadap dajjal. Aku telah menerangkan perkaranya bahwa ia cacat, sedangkan Tuhan kalian tidaklah cacat. Mata kanannya menonjol dan tidak dapat disembunyikan, seolah-olah dahak yang berada di dinding kapur, sedangkan mata kirinya seperti planet yang bulat..."
Dari Umar, Rasulullah bersabda : "Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan thawaf di Baitullah..." Lalu beliau mengatakan bahwa beliau melihat Isa Ibnu Maryam, kemudian melihat dajjal dan menyebutkan ciri-cirinya dengan sabdanya : "Dia itu seorang laki-laki gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tidak bersinar)".
Dari Fathimah binti Qais mengenai kisah Al-Jasash, Ad-Dari berkata : "...lalu kami berangkat dengan segera sehingga ketika kami sampai di biara tiba-tiba disana ada seorang yang sangat besar (hebat) dan diikat sangat erat..."
Dalam hadits Imran bi Husein, Rasulullah bersabda : "Semenjak diciptakannya Adam hingga datangnya hari kiamat tidak ada makhluk yang lebih besar dari dajjal."
Dajjal tidak punya keturunan, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadits Abi Sa'id Al-Khudri.
Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan, seakan-akan matanya itu buah anggur yang tersembul."
Dari Ubadah bin Ash-Shamit, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Masih Dajjal itu seorang lelaki yang pendek dan gemuk, berambut keriting, buta sebelah matanya, dan matanya itu tidak menonjol serta tidak tenggelam. Jika ia memanipulasi kamu, maka ketahuilah bahwa Rabbmu tidak buta sebelah matanya."
Dalam hadits Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : "Adapun Masih kesesatan itu adalah buta sebelah matanya, lebar dahinya, bidang dadanya bagian atas dan bengkok (kakinya)."
Dalam hadits Anas, Rasulullah bersabda : "Dan diantara kedua matanya termatub tulisan kafir". Dan dalam satu riwayat disebutkan : "Kemudian beliau mengejanya -kaf fa' ra'- yang dapat dibaca oleh setiap muslim". Dan dalam satu riwayat lagi dari Hudzaifah, "Dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik ia tahu tulis baca maupun tidak."
Berdasarkan hadits diatas, secara sederhana bisa ditarik kesimpulan akan ciri-ciri dajjal sebagai berikut :
Sebalah matanya buta dan tidak bermata satu
Berambut keriting
Berkulit kemerahan
Berbadan pendek dan gemuk, dalam hadits lain dajjal dikatan bertubuh besar
Di kening diantara kedua matanya terdapat tulisan -kaf fa' ra'- yang berarti kafir dan hanya dapat dibaca oleh orang-orang mukmin sekalipun orang tersebut buta huruf.
Fitnah dajjal sangat berbahaya.
Dajjal tidak memiliki keturunan.
Dajjal akan muncul dari arah timur syam.
P/s: Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga ada dua kelompok besar yang saling memerangi. Korban dari kedua belah pihak berjumlah besar, seruan mereka satu. Dan Kiamat tidak datang sehingga muncul para dajjal pendusta, mendekati 30 semuanya mengaku bahwa dirinya adalah nabi… “ Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Wallahuallam
Posted via Blogaway
Comments
Post a Comment