Skip to main content

Syarat Menjadi Khalifah Islam


Banyak ulama malaysia sesat yg mengatakan org bkn islam blh menjadi khalifah@pemimpin.sedarkah anda golongan yg menjual agama anda begitu juga si penyokong.sabda Rasulullah:di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik” (Riwayat Nasa’i).

Dari Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya”;- (Riwayat Ahmad).

Bukan senang nak jd khalifah sesebuah negara kalo tak memenuhi syarat ni apa lg nak memenuhi keperluan rakyat dan agama.sbb tu kot penulis tak mengundi.biar nmpk bodoh tp at lis esok2 jika ditanya Allah akan aku katakan tiada yg layak mengikut kehendakMu kerna itu aku takut memilih kerna kesilapan memilih akan mengheretku ke nerakaMu.apa pun jom baca syarat utama dlm islam

Syarat-syarat in'iqad ialah syarat pengangkatan khalifah. Terdapat 7 syarat untuk menjadi seorang khalifah. Kurangnya satu syarat pada diri seseorang, maka gugurlah kelayakan dia untuk menjadi seorang khalifah.

Syarat pertama semestinya Khalifah itu Muslim, bukan Kafir, juga Ahlul Kitab. Kerana Allah menyatakan dengan jelas, "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang mukmin." (Q.S. An Nisa': 141).

Kedua, dia wajib seorang lelaki, kerana Rasulullah saw pernah bersabda, "Ketika sampai berita kepada Rasulullah saw bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisra sebagai ratu, maka beliau bersabda: "Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita." (HR Abi Bakrah). Bagaimanakah seorang wanita boleh menjadi seorang pemimpin kepada seluruh kaum muslimin, sedangkan untuk keluar rumah sahaja dia wajib untuk meminta izin suaminya, begitu juga seorang wanita yang masih belum menikah, urusannya berada di bawah tanggungan walinya. Bagaimanakah seorang wanita ingin memimpin umat sedangkan mereka sedang mengandungkan bayi selama 9 bulan di dalam kandungan dan tempoh menyusu bayi pula sebaiknya 2 tahun. Sudah pasti hal ini akan memberi kesan terhadap pemerintahan.

Ketiga, Khalifah itu hendaklah Baligh. Hal ini jauh berbeza dengan hadharah/peradaban kaum yang lain kerana mereka bisa saja melantik seorang kanak-kanak untuk memerintah, asalkan berdarah raja. Hal ini menimbulkan huru-hara di dalam pemerintahan, dan juga memungkinkan musuh menjadikan ketua negara itu sebagai puppet. Begitu juga Islam mengiktiraf potensi pemuda untuk memerintah negara dengan tenaganya yang luar biasa, berbeza dengan hadharah asing yang mewajibkan ketua negara itu daripada orang-orang yang sudah veteran, malah hampir sampai ajalnya! Lihat saja Khalifah Muhammad Al-Fatih, beliau adalah seorang pemimpin kaum muslimin yang berjaya membuka kota Constantinople pada usia seawal 20 tahun. Malah kehebatan beliau benar-benar terbukti apabila beliau menjadi orang yang dipuji oleh Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Islam meletakkan syarat bagi seseorang untuk menerima taklif beban hukum syara' ketika telah sampai waktu balighnya. Selagi seseorang masih belum baligh, maka tiada kewajipan yang wajib dilakukan olehnya. Maka sekiranya taklif syara' sahaja sudah tidak dibebankan keatas seorang kanak-kanak, maka bagaimanakah dia mahu mengurus urusan seluruh kaum muslimin? Dalil lainnya adalah bahawa Rasulullah saw pernah menolak seorang anak kecil yang hendak membai'at beliau. Iaitu ketika Rasulullah saw menolak baiat Abdullah Bin Hisyam dan beliau memberikan alasan kerana ia masih kecil. Sabda beliau kepada ibunya: "Dia masih kecil."kemudian beliau mengusap kepalanya dan mendo'akannya. Jika bai'at saja tidak boleh diberikan oleh anak kecil dan anak kecil itu tidak boleh membai'at orang lain sebagai khalifah, maka bagaimana mungkin dia boleh dibai'at untuk menjadi khalifah?

keempat, beraqal. Di dalam Islam, aqal adalah manath at-taklif, sebab kepada pembebanan taklif syara' ke atas seseorang. Seseorang yang gila tidak dibebankan taklif syara' ke atasnya. Begitu juga sekiranya dia bersolat, solatnya itu tidak sah. Maka, sekiranya dalam mengurus urusan dirinya saja sudah tidak sah, maka bagaimana mungkin seorang yang gila hendak mengurus urusan agung seluruh kaum muslimin di dunia? sabda Nabi saw:"Telah diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas orang yang tidur hingga bangun, atas seorang anak kecil hingga baligh, dan orang gila sampai aqalnya kembali."

kelima, merdeka. Seorang hamba tidak boleh menjadi seorang khalifah kerana setiap transaksi jual-beli yang dilakukan olehnya hendaklah dinisbatkan kepada tuannya. Maka sekiranya dalam urusan jual-beli saja dia tidak mempunyai kekuasaan keatas dirinya sendiri, maka bagaimanakah dia mungkin untuk memimpin urusan yang jauh lebih besar dari itu, iaitu urusan kaum muslimin secara keseluruhan?

keenam, Mampu. Dia hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan untuk mengurus urusan politik, ekonomi, jihad, dan segala masalah yang terjadi dikalangan umat Islam. Dia juga hendaklah berkemampuan untuk menerapkan hukum syara'.

ketujuh, Adil. Syarat-syarat adil ialah dia bukanlah seseorang yang melakukan dosa-dosa besar. Dia juga bukanlah seorang yang berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Dia juga dikenali di dalam masyarakat sebagai seorang yang dipercayai baik dan adil. Allah SWT telah mensyaratkan pada seorang saksi dengan syarat 'adalah (adil). Allah berfirman: "Hendaknya menjadi saksi dua orang yang adil dari kamu sekalian." (Q.S. At Thalaq: 2). Kedudukan seorang khalifah tentu saja lebih tinggi daripada seorang saksi. Kerana itu, sudah tentu lebih utama bagi dia memiliki syarat adil. Sebab kalau kepada seorang saksi saja ditetapkan syarat adil, apalagi kalau syarat itu untuk seorang khalifah kerana khalifah juga mempunyai kuasa sebagai seorang hakim. Maka sudah tentulah lebih utama bagi seorang hakim untuk seorang yang adil melebihi keadilan seorang saksi.

Syarat Imam menurut al-Khalkhasyandi.

1-    Lelaki
2-    Baligh
3-    Berakal
4-    Melihat
5-    Mendengar.
6-    Berkata-kata
7-    Selamat sekelian anggota
8-    Serang yang merdeka bukan hamba.
9-    Islam.
10- Adil
11- Berani dan Gagah
12- Berilmu yang mampu berijtihad
13- Berakal Fikiran sihat dan beragama
14- Keturunan Quraisy kerana terdapat dalil bahawa Abu Bakar (r.a.) telah berhujah kepada al-Ansar dengan hadis nabi:

“Imam daripada Quraisy.”

Syarat Imamah di sisi al Mawardi.

1-    Adil
2-     Berilmu yang membolehkannya berijtihad
3-    Sejahtera semua pancaindera seperti telinga, mata dan lidah
4-    Tiada kekurangan anggota yang akan menghalangnya daripada pergerakan
5-    Ketajaman pemikiran yang membolehkannya menguruskan kemaslahatan rakyat
6-    Berani dan kuat yang memungkinkannya memelihara  negara dan berjihad menentang musuh
7-    Keturunan Quraisy.

Demikianlah al-Khalkhasyandi dan al-Mawardi menyatakan syarat-syarat yang perlu ada kepada mereka yang akan dilantik menjadi Khalifah. Walaupun kedua-duanya menghitung dengan jumlah yang berbeza tetapi pada hakikatnya tidak terdapat perbezaan di antara kedua-dua mereka.


Syarat Imamah di sisi Ibnu Khaldun.

1.  Berilmu
2.    Adil
3.   Berkemampuan
4.  Selamat pancaindera dan anggota daripada yang mengganggunya dalam melaksanakan tugasnya

Manakala syarat kepimpinan daripada Quraisy tidak dilupai oleh Ibn Khaldun tetapi beliau telah mentafsirkannya sebagai seseorang yang mempunyai kekuatan dan asobiyyah yakni pengikut yang ramai yang menjadikannya mampu memikul tangggungjawab memelihara pemerintahan.

Ini ialah kerana pada kurun pertama dan kedua hijrah kaum Quraisy mempunyai kekuatan asobiyyah ini. Apabila keadaan kekuatan asobiyyah ini lemah dan hilang haibah mereka, lahir di dalam alam Islam sesiapa yang memiliki asobiyyah ini maka haruslah beliau dilantik menjadi khalifah.

Ini ialah kerana yang dimaksudkan dengan Quraisy dalam hadis bukanlah bangsa Quraisy tetapi mereka yang memiliki kekuatan dan asobiyyah yang boleh memelihara Islam dengan kekuatan itu.

Demikianlah Umar apabila hampir wafat telah mengatakan: “Sekiranya Salim hamba Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku bai`ahkannya sebagai khalifah.”

Ini difahami daripada hadis Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: “Dengarlah kamu dan taatilah walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habsyah.”

P/s:"Kebenaran manusia dgn agama dan kesesatan manusia juga dgn agama"-hlpj


Posted via Blogaway

Comments

Popular posts from this blog

JALJALUT SUGHRO BISMILLAH

Rajahan jaljalut basmallah ini  dari kitab " Manba'u Usulil Hikmah ", Disusun oleh Sayyidina Al-Imam As-Syeikh Al-Bahr Ahmad Ibni Ali Al-Buuny, Jaljalut merupakan Bait-Bait Ilmu Hikmah yg mempunyai ke khususan dan ke ghaiban pada setiap baitnya, Allah S.W.T meletakkan rahsia-rahsia didalam bait Jaljalut ini Ilmu-Ilmu ghaib dan ke khususan2 bagi pembacanya, bait Jaljalut terbagi dua bagian Sughra 60 Bait dan Qubra 360 Bait, Dalam kesempatan ini saya coba terjemahkan Bait Jaljalut Sughra 60 bait.Dan telah penulis mudahkan dgn membuat rajahan jaljalut yg mempunyai khasiat basmallah dan surah al fatihah serta pelbagai rahsia didlmnya seumpama sempurnanya khasiat 30juzuk al quran dimana kita ketahui 30juzuk al qutan itu terkandungnya didlm ibu doa iaitu al fatihah dan basmallah itu kuncinya al fatihah sedangkan ba itu kuncinya basmallah.penulis akan huraikan sedikit dr khasiatnya jaljalut dr bait basmallah ini.. Barang siapa yang senantiasa ( Istiqomah ) membaca Bait di atas

Misteri Kelebihan Sarang Burung Tempua

Sarang burung tempua mempunyai jantan dan betina.berbeza bentuk maka yg pendek merupakan sarang bagi burung jantan bertengek dan yang panjang bagi burung betina bertelur. Sarang sering digunakan bagi hiasan atau pun yang berunsur mistik.sarang tempua kekadang yang rare akan terdapat buluh perindu atau bulu perindu sebagai jalinan sarang burung tersebut. Burung tempua juga memilih membuat sarang pada tempat yg sukar dicapai dan dekat pada sumber air. Mengikut kitab kuno raja sulaiman tempua merupakan salah satu dari jenis burung mistik seperti pelatuk yg merupakan utusan Nabi Allah Sulaiman..kelebihan sarang tempua adalah sebagai pelaris pabila digantung pd tempat perniagaan dan pelet bagi memanggil kekasih yg lari atau ditinggalkan.pendinding dr sihir dan kianat.semua ini mengambil filosofi dari sarang itu sendiri dimana pelaris adalah disebabkan sejauh mana burung keluar mencari makan pasti akan pulang kesarang selain dr bahan sarang itu sendiri mempunyai buluh perindu.sebagai media p

RAJAHAN ISIM KHOLISOH JARIYAH

SIAP DIRAJAH PROSES PENGHAPUSAN RAJAHAN PROSES MERAJAH The Real Story Of Kholisoh Jariyah Taken From : Kitab Al Jauharu Lil Ma`ah Kitab Syumusul Anwar Dinamai dengan Isim Jariyah (budak hitam hamba sahaya ) karena azimat ini didapati pada kepala seorang perempuan hamba sahaya yang dimiliki oleh Raja Harun Al Rasyid. Kholisoh adalah nama daripada perempuan Jariyah ini sangat hitam tubuhnya dan sangat mengerikan wajah rupanya. Banyaknya hamba sahaya perempuan yang dimiliki oleh Raja Harun Al Rasyid adalah lebih daripada empat ratus orang. Dan Jariyah yang bernama Kholisoh ini ialah hamba sahaya yg lebih jelek rupa dan tubuhnya dari semua budak hamba sahaya yang ada. Tetapi Raja Harun Al Rasyid sangat mengasihi dan mencintai kepadanya lebih daripada mengasihi yang lainnya. Maka manakala mati Jariyah itu lalu dimandikan oleh seorang perempuan tua solehah. Maka mendapatilah perempuan yang tua itu akan suatu azimat isim Jariyah ini terikat pada rambut kepalanya Jariyah. Lalu diambil