Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Ciri Manusia Munafik

50 Ciri Dan Tanda Orang Munafiq بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ . Banyak perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam sifat kemunafikan. Antaranya, berikut disenaraikan 50 ciri dan tanda orang munafiq tersebut: 1. Lupa Kepada Allah SWT Orang-oang munafiq sering mengingati sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT, kecuali sebagai suatu helah penipuan sahaja. 2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya. Hadis Nabi SAW:   “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya).”