Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sunah

Siapkah Ahlil Sunnah Wal Jamaah?

Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar? Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah berpesan: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan tersesat selama berpegang dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi." (Hadis riwayat Imam Malik dalam Al-Muwaththa') Rata-rata kita tidak pernah mendengar pun ada golongan yang mengatakan "Aku tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah" tapi sebaliknya kita mendengar ramai yang mengatakan "Aku mengikut Al-Quran dan Sunnah." Golongan yang berkata sedemikian bukan sahaja dari kalangan Ahli Sunnah, Malah jika kita tanyakan kepada golongan Syi'ah juga mereka akan berkata "Aku ikut Al-Quran dan Sunnah." Padahal golongan Syi'ah adalah golongan yang jauh sekali dari kebenaran. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) ak...

Larangan Mencukur Janggut Dan Mistik

 Mengapa menyimpan janggut? Kerana mencukur termasuk janggut termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Maka memanjangkan janggut adalah wajib bagi lelaki. Pandangan ahli usul juga mewajibkannya kerana ia adalah perintah Allah dan Nabi untuk umat Islam. Janggut adalah satu perintah yang diarahkan Tuhan dan Nabi kita. Janggut bukan tumbuh dengan sia-sia, dan bukan sengaja Allah jadikan janggut. Inilah yang dipegang oleh sahabat-sahabat, Tabiin dan Atba’ at-Tabiin, dan inilah yang dipegang oleh para solihin dan Imam-imam serta para wali dan mufti sehingga sekarang. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Nabi yang mencukur janggutnya. Saya cabar anda, nyatakan sesiapa (di kalangan sahabat Nabi) yang tidak berjanggut. Kehidupan pada sahabat tertulis di dalam kitab-kitab biografi mereka dengan perincian tentang penampilan mereka. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang pernah mencukur janggutnya, begitu juga di kalangan Imam-imam besar masa kini, TIDAK ADA LANGSUNG. Nam...