Skip to main content

Posts

Showing posts with the label imam

Larangan Mencukur Janggut Dan Mistik

 Mengapa menyimpan janggut? Kerana mencukur termasuk janggut termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Maka memanjangkan janggut adalah wajib bagi lelaki. Pandangan ahli usul juga mewajibkannya kerana ia adalah perintah Allah dan Nabi untuk umat Islam. Janggut adalah satu perintah yang diarahkan Tuhan dan Nabi kita. Janggut bukan tumbuh dengan sia-sia, dan bukan sengaja Allah jadikan janggut. Inilah yang dipegang oleh sahabat-sahabat, Tabiin dan Atba’ at-Tabiin, dan inilah yang dipegang oleh para solihin dan Imam-imam serta para wali dan mufti sehingga sekarang. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Nabi yang mencukur janggutnya. Saya cabar anda, nyatakan sesiapa (di kalangan sahabat Nabi) yang tidak berjanggut. Kehidupan pada sahabat tertulis di dalam kitab-kitab biografi mereka dengan perincian tentang penampilan mereka. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang pernah mencukur janggutnya, begitu juga di kalangan Imam-imam besar masa kini, TIDAK ADA LANGSUNG. Nam...

Pemakaian Niqab Mengikut Mazhab 4

Mazhab Hanafi Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah. 1. Asy Syaranbalali berkata: وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار “Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah) 2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata: وجميع بد...

Adab Berguru

Adab-adab mulia ketika berguru: 1.Memberi salam apabila bertemu 2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan 3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru 4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh 5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah 6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya 7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian 8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan 9.Menghormati guru sepanjang masa 10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan Hikmah apabila beradab dengan guru: 1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah 2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia 3. Memperolehi kejayaan dunia dan akhirat 4. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru 5. Ilmu yang dipelajari akan berkekalan dan diamalkan 6. Sentiasa terdorong mengamalkan sifat terpuji 7. Minda cerdas dan pantas 8. Terlindung daripada perkara terkeji Adab-adab terpuji berguru mengikut Imam Al Ghazali : 1. ...

Soalan buat para ustaz dan ulama

Dari hadis ni dan byk hadis lain larangan Rasulullah dan para sahabat tentang syiah"Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ] pertanyaan sy apakah hukum kita melakukan ibadat haji dan solat di masjid atau masjidil haram bersama pengikut syiah sedangkan kita tau mereka golongan tersasar dr landasan islam dan sudah pun mempunyai kaabah sendiri jd mengapa harus ke mekah lg?sebagai contoh sepertinya kita sebagai imam dlm solat dan makmum bercampur diantara penganut agama lain hindu,budha,kritian dll.dan kita tau mereka(syiah) adalah kumpulan yg ...