Skip to main content

Posts

Showing posts with the label islam

Ciri Manusia Munafik

50 Ciri Dan Tanda Orang Munafiq بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ . Banyak perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam sifat kemunafikan. Antaranya, berikut disenaraikan 50 ciri dan tanda orang munafiq tersebut: 1. Lupa Kepada Allah SWT Orang-oang munafiq sering mengingati sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT, kecuali sebagai suatu helah penipuan sahaja. 2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya. Hadis Nabi SAW:   “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya...

Cincin Rasulullah

Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu, tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa. Maka seme...

Larangan Mencukur Janggut Dan Mistik

 Mengapa menyimpan janggut? Kerana mencukur termasuk janggut termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Maka memanjangkan janggut adalah wajib bagi lelaki. Pandangan ahli usul juga mewajibkannya kerana ia adalah perintah Allah dan Nabi untuk umat Islam. Janggut adalah satu perintah yang diarahkan Tuhan dan Nabi kita. Janggut bukan tumbuh dengan sia-sia, dan bukan sengaja Allah jadikan janggut. Inilah yang dipegang oleh sahabat-sahabat, Tabiin dan Atba’ at-Tabiin, dan inilah yang dipegang oleh para solihin dan Imam-imam serta para wali dan mufti sehingga sekarang. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Nabi yang mencukur janggutnya. Saya cabar anda, nyatakan sesiapa (di kalangan sahabat Nabi) yang tidak berjanggut. Kehidupan pada sahabat tertulis di dalam kitab-kitab biografi mereka dengan perincian tentang penampilan mereka. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang pernah mencukur janggutnya, begitu juga di kalangan Imam-imam besar masa kini, TIDAK ADA LANGSUNG. Nam...