Skip to main content

Posts

Showing posts with the label janggut

Larangan Mencukur Janggut Dan Mistik

 Mengapa menyimpan janggut? Kerana mencukur termasuk janggut termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Maka memanjangkan janggut adalah wajib bagi lelaki. Pandangan ahli usul juga mewajibkannya kerana ia adalah perintah Allah dan Nabi untuk umat Islam. Janggut adalah satu perintah yang diarahkan Tuhan dan Nabi kita. Janggut bukan tumbuh dengan sia-sia, dan bukan sengaja Allah jadikan janggut. Inilah yang dipegang oleh sahabat-sahabat, Tabiin dan Atba’ at-Tabiin, dan inilah yang dipegang oleh para solihin dan Imam-imam serta para wali dan mufti sehingga sekarang. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Nabi yang mencukur janggutnya. Saya cabar anda, nyatakan sesiapa (di kalangan sahabat Nabi) yang tidak berjanggut. Kehidupan pada sahabat tertulis di dalam kitab-kitab biografi mereka dengan perincian tentang penampilan mereka. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang pernah mencukur janggutnya, begitu juga di kalangan Imam-imam besar masa kini, TIDAK ADA LANGSUNG. Nam...