Skip to main content

Posts

Showing posts with the label dajjal

Kisah Dajjal

 MELAYU PENCETUS ISLAM AKHIR ZAMAN MELAYU ITU USULNYA AGAMA - BAHASA JIWA BANGSA - BUDAYA RAGA BANGSA - ADAT MARTABAT BANGSA DAJJAL MUNCUL SEBAGAI PENGUJI IMAN Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin”(Hadis Riwayat Muslim) Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya beran...

Kumpulan Hadis Imam Mahdi Dan Islam

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN & PUTRA BANI TAMIM Hadis-hadis yang Menceritakan Kebangkitan Islam Akhir Zaman & Putra Bani Tamim Hadis 01 Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW : "Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun." Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, "Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi." (Ibnu Majah) Hadis 02 Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW ber...