Skip to main content

Posts

Showing posts with the label imam mahadi

Kumpulan Hadis Imam Mahdi Dan Islam

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN & PUTRA BANI TAMIM Hadis-hadis yang Menceritakan Kebangkitan Islam Akhir Zaman & Putra Bani Tamim Hadis 01 Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW : "Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun." Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, "Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi." (Ibnu Majah) Hadis 02 Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW ber...