Skip to main content

Posts

Showing posts with the label iran

SYIAH SESAT bahagian 5

http://m.youtube.com/watch?v=sK-WSWvEAPw# v. Berpura-pura (al-Taqiyyah) Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:   Terjemahannya:  Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".   ULASAN   Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyat...

KESESATAN SYIAH bahagian 2

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH   1. TUJUAN 1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.  1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.    2. LATAR BELAKANG   2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:   i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah) Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afg...

SYIAH,PERJUANGAN DAN KESESATANNYA

Kebangkitan Syiah pada masa sekarang tidak dinafikan lagi, penyebar ajaran ini begitu kuat cuma tidaklah terlalu zahir kerana merekalah orang yang paling pandai berpura-pura. Apabila komuniti mereka ramai, maka mulalah mencetuskan huru-hara, itulah yang berlaku di mana-mana. Syiah ini boleh masuk di mana-mana  saja kerana merekalah paling pandai bermunafik.   Di sepanjang sejarah tidak ada yang baik dari mereka, mereka bermusuh dengan Sunni lebih daripada bermusuh dengan Yahudi. Kita bimbang dengan ajaran ini kerana mereka mengajak dari tauhid kepada syirik, dari Islam kepada kufur, dari taat kepada maksiat. Mereka mempunyai propaganda tersendiri sebagaimana Zionis mempunyai propaganda.   Dalam siyasah, apa yang malang ramai yang tidak tahu, apakah boleh bertahaluf siyasi dengan syiah? Yakinkah kita tentang keikhlasan mereka, sedangkan prinsip perjuangan merekapun sudah salah. Oleh demikian sudah banyak usaha taqrib dengan syiah, tidak juga membuahkan hasil, bahkan me...