Skip to main content

Larangan Mencukur Janggut Dan Mistik

 Mengapa menyimpan janggut? Kerana mencukur termasuk janggut termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Maka memanjangkan janggut adalah wajib bagi lelaki. Pandangan ahli usul juga mewajibkannya kerana ia adalah perintah Allah dan Nabi untuk umat Islam. Janggut adalah satu perintah yang diarahkan Tuhan dan Nabi kita. Janggut bukan tumbuh dengan sia-sia, dan bukan sengaja Allah jadikan janggut. Inilah yang dipegang oleh sahabat-sahabat, Tabiin dan Atba’ at-Tabiin, dan inilah yang dipegang oleh para solihin dan Imam-imam serta para wali dan mufti sehingga sekarang. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Nabi yang mencukur janggutnya.

Saya cabar anda, nyatakan sesiapa (di kalangan sahabat Nabi) yang tidak berjanggut. Kehidupan pada sahabat tertulis di dalam kitab-kitab biografi mereka dengan perincian tentang penampilan mereka. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang pernah mencukur janggutnya, begitu juga di kalangan Imam-imam besar masa kini, TIDAK ADA LANGSUNG. Namun malangnya, “ mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Surah Maryam: 59 Jadi, berapa panjangkah janggut nabi? mencecah lantai sebagaimana pendapat individu yang tidak bersetuju hal ini?

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Potonglah Misai dan panjangkanlah janggut iaitu jagalah janggut. (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam hadis ini, nabi menceritakan agar menjaga janggut. Jikalau ikut kaedah Ibnu Umar r.a (di mana janggut cuma panjang segenggam), masih kelihatan "terlalu panjang" di mata manusia. jadi, adakah kita nak kata janggut sebegitu tak kemas dan mesti dipendekkan lagi (walaupun sudah menepati sunnah)? Kadar ukuran segenggam bagi janggut itu adalah berdasarkan amalan sahabat yang pasti melihat Rasulullah SAW menyimpan sebegitu. dalam hadith lain, Rasulullah SAW dilihat daripada bahagian depan lalu lehernya terlindung dengan janggutnya. bagi saya, wallahu a'lam, anda tidak salah kalau ingin menipiskannya. pun begitu, membiarkannya dalam keadaan terurus adalah lebih menghampiri saranan dalam hadith itu.
Tahqiq thtl: amalan sahabat yg dimaksudkan itu ialah Ibn Umar ra, ketika dia mengerjakan Haji, maka ketika dia bertahallul dari ihram, akan mencukur rambutnya dan memangkas janggutnya pada ukuran segenggam. itulah timbulnya kisah ukuran segenggam. Kita pun tahu betapa kuatnya Ibn Umar menekuni sunnah, maka sebab tu tabi'iin mengikuti dan menyibarkan hal ini. (syarh Kirmani ala Bukhari (21/111) Ulama yang mempunyai janggut terpanjang : Dhiya bin Sa’ad bin Muhammad bin Utsman al-Qozwini (w 780 H). Diceritakan bahwa panjang janggutnya sampai ke kaki ! (Durrotul Hijal fi Asmair Rijal : 3/37 oleh Al Miknasi, dinukil dari Al-Muru’ah m/s 119 oleh Syaikh Masyhur Hasan Salman) Dalam amalan salaf. ada yang cukur misai dan ada yang nipiskan misai. Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ada bincangkan perkara ini dan dalam kalangan imam mazhab 4 pun berbeza pendapat.

Tahqiq al-Qardhawi: pendapat pilihan ialah menipiskan atau memendekkan misai bukan mencukurnya sampai habis Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebut dalam bukunya Fath al-Bari huraian Sahih al-Bukhari bahawa jambang adalah termasuk dalam janggut. ia adalah maksud dari segi bahasa arab sendiri bagi perkataan 'lihyah' atau kita terjemahkan dgn janggut. Terdapat perbezaan pendapat tentang hukum menyimpan janggut. Ulama terdahulu tidak menyatakan dengan jelas tetapi berdasarkan amalan mereka, mereka tidak pernah cukur janggut.

Yusuf al-Qardhawi berkata, "aku berselisih dengan majoriti fuqaha' dalam bab wajibnya janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu'akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi". Sahabat nabi yang tidak ditumbuhi janggut: Qois bin Sa’ad. (Siyar A’lam Nubala : 3/102, oleh Adz-Dzahabi). Sampai-sampai sahabat anshar merasa kesian dengannya karena tidak ada janggut. (Al Isti’ab: 3/1293 oleh Ibnu Abdil Barr, Al Ishobah : 5/360 oleh Ibnu Hajar). Sementara tabi’in yang tidak ada janggut: Syuraih Al-Qadhi, seorang hakim terkenal di masa Tabi’in. Ada 10 hadis dari Nabi yang sahih. Apa kata kita lihat pendapat empat mazhab terlebih dahulu.

Pandangan Mazhab Di dalam Mazhab Maliki, Ibn Abdul Bar berkata di dalam At-Tamheed, “Mencukur janggut adalah haram, ia hanya dilakukan oleh golongan khunsa. Itu bukan perkataan saya, ia adalah perkataan Imam Abdul Bar Al-Maliki di dalam Kitab At-Tamheed dalam Mazhab Maliki.

Di dalam mazhab Syafii, Imam Al-Syafii menulis di dalam Kitab Al-Umm mengharamkan mencukur janggut.

Di dalam Mazhab Hanbali pula, As-Safaraniy seorang pakar di dalam Mazhabnya berkata bahawa mencukur janggut adalah haram.

Di dalam Mazhab Hanafi, Ibnu Abideen berkata, “Haram bagi seseorang lelaki mencukur janggutnya.” Itulah pendapat empat mazhab, mereka berpendapat Wajib menyimpan janggut dan haram mencukurnya.

Di dalam Mazhab Maliki, Syafii, Hanbali, Hanafi, apa lagi yang anda mahu saya jelas? Pandangan Imam-Imam Di dalam kitab Mali Hal, Imam Abu Daud menyatakan,"Inilah sebabnya mencukur janggut dalah haram menurut semua Imam; Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lain-lainnya" Di dalam kitab Durri Mansur, " Tidak ada sesiapa pun yang pernah membenarkannya, beliau telah bersetuju bahawa terdapat kata sepakat di dalam pelarangan mencukur janggut" Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram. Daripada mazhab Maliki dalam kitab "Kitabul Ib 'Daa", " Tanpa ragu-ragu lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram"
Di dalam kitab Mazhab Hambali " Sharhul Muntahaa" dan " Sharhul Manzumatul Aadab" dinyatakan bahawa " Pendapat yang paling diterima bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut" Baiklah, kata Imam Al-Qutrubi, “Tidak dibenarkan mencukur atau memotong atau mencukur janggut” Kata Ibn Hazim pula, “Kesepakatan tetap kesepakatan” Inilah kata-kata Muhammad Ibnu Hazim yakni Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan bahawa nipiskan misaimu dan lepaskan janggut atau jambangmu tumbuh, dan ini adalah fardu berdasarkan hadis dari Ibnu Umar, “Sanggahilah perbuatan kaum musyrikin, nipiskan misai dan biarkan janggut/jambangmu tumbuh” Di dalam Al-Iqna’, Ibnu Hazim berkata, “Mencukur janggut adalah haram, dan tiada seorang pun di kalangan empat Imam yang membenarkan mencukur janggut.
Ini adalah apa yang dikatakan oleh Mazhab Maliki, Syafii, Hanbali, Al-Qurtubi, Ibnu Hazim, Daud Al-Dhahuree, Ishaq, Al-Awza’i, At-Thauri dan lain-lain lagi. Semua di kalangan mereka mengatakan menyimpan janggut adalah fardu dan mencukurnya adalah haram. Pandangan Salafi Tentang Janggut Pandangan Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah berkata (kitab Al Qasim); “Mencukur janggut adalah haram menurut hadis-hadis yang sahih dan tiada siapa pun dibenarkan dan membenarkan (mencukur janggut), kita diperintahkan tidak tashabbuh (meniru/menyerupai) kaum lain” Ibn Qayyim anak murid Ibnu Taimiyah dalam bukunya Zad al-Ma'ad ada bincangkan perkara ni dan dalam kalangan imam mazhab 4 pun berbeza pendapat. wallahu a'lam.

pada sy, zahir hadis menunjukkan bahawa ia adalah menipiskan sahaja dan bukan mencukurnya. Tambahan tahqiq al-Qardhawi: pendapat pilihan ialah menipiskan atau memendekkan misai bukan mencukurnya sampai habis Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam “Sesiapa yang menyerupai kaum lain, maka dia bukan di kalangan kami, jangan kamu menyerupai kaum Yahudi dan Nasrani”
Maka menyanggahkan perbuatan mereka adalah perintah syarak. Tashabbuh adakah perkara zahir, namun simpati, kasih sayang dan persahabatan adalah perkara batin seperti berkasih sayang secara sembunyi dan bertashabbuh secara terang-terangan dan perkara ini terbukti dari segi logik dan dengan pengalaman. Itulah perkataan dari Syeikhul Islam.

Pandangan Tasawuf Tentang Janggut Dalam Tasawuf pula, Abu Hamid Al-Ghazali (Imam Al-Ghazali) berkata, “...dan dengan janggut kaum lelaki dihormati oleh kaum wanita dan mencukurnya adalah haram.” Pandangan Syeikh Albani Tentang Janggut Syeikh Al-Albani berkata” “Tiada keraguan ke atas mereka yang tetap mengikuti fitrahnya, dan ia adalah perkara yang murni. Dengan ini menyimpan janggut adalah wajib dan haram mencukurnya. Pandangan Ulama Tentang Janggut Ibnu Uthaymeen rahimahullah berkata; “Perintah rasul sallallahu alaihi wasallam untuk membiarkan janggut (tumbuh panjang) bukan itu sahaja bukti kepada larangan mencukurnya, namun terdapat juga bukti-bukti lain, antaranya firman Allah di dalam Al-Quran ketika memberi amaran kepada kita tentang syaitan,
firmanNya: Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);  "Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata. (Surah An-Nisaa :118-119) Iblis berkata kepada Tuhan; “Aku akan memiliki orang-orang yang mengubah perkara asal yang telah kau ciptakan kepada mereka” maka patutkah kita menyanggah Ar-Rahman dan mematuhi perintah Iblis? Fatwa Syeikh Al-Sha’rawy di dalam Jareedat Al-Haqeeqah disediakan dengan perinciannya, katanya “Janggut adalah wajib. Janggut adalah wajib dan rasul sallallahu alaihi wasallam yang memerintahkannya” dan aku berkata kepada sebahagian manusia; “jangan terlalu cepat mengatakan ia bukan fardu kerana demikian membawa kepada berdosa”

Ulama Malaysia bertolak ansur tentang hal janggut kerana secara kebudayaannya orang Melayu tidak gemar berjanggut. Ulama di Malaysia hanya berkata, “adalah afdal membela janggut” dan dalam masa yang sama mengatakan “mencukur dan memotong janggut adalah haram” dan bagi menarik minat rakyat Malaysia menyimpan janggut, sesetengah ulama di Malaysia cuba menukilkan khasiat menyimpan janggut. Antara ulama yang terlibat dengan berhujah tentang menyimpan janggut  termasuklah Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat, Tuan Guru haji Abdul Hadi bin Awang, Ustaz Azhar bin Idrus, Dr Asri Zainal Abidin, Ustaz Kazim Alias,  Ustaz Jamnul Azhar, Maulana Muhammad `Asri Yusuff  dan lain-lain lagi.

Kenapa mengingkari Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan terang-terangan? Kenapa? Apa mazhabmu? Hanbali? Hanafi? Syafii? Maliki? Dhahiri? Muktazilah? Al-Jabar? Khawarij? Wahabi? Semua Imam dari Mazhab yang saya sebutkan tadi berpendapat menyimpan janggut adalah fardu termasuk juga Imam dari mazhab syiah! Ya, syiah juga berpegang bahawa janggut adalah sebahagian satu kewajipan dan mencukurnya adalah haram. Oleh itu, janggut adalah wajib berdalilkan Al-Quran, Sunah, kata-kata para Imam dan para ahli ilmuan Islam, ulama yang lama dan ulama masa kini. Jadi mengapa tidak mahu menyimpan janggut? Janggut Badan Beruniform Islam Malaysia Dipaksa Cukur Apakah kerja anda melarang menyimpan janggut? Setahu saya (Al-Muallij Mustaqim) hanya kerja badan beruniform sahaja melarang menyimpan janggut, ini termasuklah Polis, Askar, Bomba dan FRU. Tetapi agak menghairankan, puak Sikh dibenarkan membelanya manakala orang Islam ditegah menyimpannya. Adakah Yahudi dan Nasrani telah berjaya mengawal undang-undang badan beruniform Malaysia? tetapi ahli Kor Agama Tentera atau KAGAT ada hujahnya sendiri dan menutup haq dan mempertahankan kebatilan. Banyak lagi perkara batil dan tindakan menutup hukum hakam Al-Quran di dalam kerjaya tentera ini dan bukan lagi semangat perjuangan Islam yang dilaungkan dalam tentera Malaysia. Cukup saya katakan, mereka menganggap bangsa dan negara lebih penting dari Islam. Mereka menganggap sebuah perbarisan itu lebih penting dari saf-saf solat. Dan sesungguhnya perjuangan tersebut bukanlah syahid!

Pandangan Sahabat Nabi Tentang Janggut Saidina Umar radiallahuanhu dan Ibn Abi Lailah radiallahuanhu, yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak kesaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Berikut soalan seseorg kpd ustaz Soalan dari emel 18 Ogos 2011

Assalamualaikum.. Ustaz, bole saya bertanya, berkenaan hukum HARAM mencukur janggut..ada kawan saya yg argue tentang hukum haram tersebut..

1.-katanya di dalam hadis2 tiada perkataan HARAM. 2.-ada ke dinyatakan di dlm Al-Quran 3.-kepada yang tidak tumbuh janggut mcmana pulak minta ustaz berikan ulasan supaya sy dapat menyampaikan kpd kwn saya tersebut. terima kasih.

Jawapan
Waalaikumussalam 1. Majoriti ulama mengatakan makruh dan tiada seorang yang memberitahu 'harus'. Ada ulama mengatakan haram. Khilaf yang wujud cuma makruh dan haram. Tiada satu pendapat tentang harus mencukur janggut. Qiyas haram ialah menyerupai orang kafir. "Berbezalah dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (al-Bukhari)

2. Quran tiada dijelaskan tetapi sikap menyerupai orang kafir dan yahudi serta nasrani telah jelas diharamkan Allah. Jika tiada dalam al-Quran, wajib rujuk hadis. Jika tiada dalam hadis, wajib rujuk ijmak ulama, fatwa ulama dan qiyas ulama. 4 mazhab besar ahlusunnah tiada satupun mengatakan harus cukur, malah Imam Syafii sendiri mengatakan haram!

3. Ada seorang sahabat nabi (Qois bin Saad) yang tidak ditumbuhi janggut dan sahabat yang lain merasakan kasihan kepadanya. Soal tidak ditumbuhi janggut ialah kecacatan gen pada sekitar dagu dan pipi yang lebih dominan kepada gen ibunya pada dagu dan pipi. Manakala sayyidina Utsman berjanggut tidak lebat (ala-ala orang melayu gitu) Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:- "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban) Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut." Berikut dibawakan hukum menyimpan janggut mengikut 4 mazhab yang mashyur dan juga ulamak kontemporari.
Rumusan al-Qaradawi dalam Fiqh Thaharah:-
HANAFI Sebahagian mengatakan sunat, sebahagian lagi mengatakan wajib menyimpan janggut.
MALIKI Ada yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram mencukurnya.
SYAFI'E Makruh mencukurnya (Imam Rafi'iy dan Imam Nawawi).
HANBALI Wajib memeliharanya dan ada sebahagian yang hanya mengatakan sunat. Golongan yang mengatakan SUNAT menggunakan hujah asas: Apa yang Nabi SAW sarankan tanpa ancaman, jatuh hukum sunat. Memelihara janggut diletakkan dalam kitab-kitab fiqh dalam Bab: sunan al-fitrah. Pendapat yang mengatakan janggut boleh dipotong(trim) pula, berpegang kepada amalan Ibn Umar RA yang mana janggutnya cuma segenggam. Golongan yang mengatakan ia WAJIB: Apa jua yang diperintahkan oleh Nabi SAW maksudnya wajib. Pendapat yang mengatakan janggut tidak boleh dipotong pula berpegang dengan zahir hadith, peliharalah janggut, maka mereka akan pelihara janggut sepanjang-panjangnya. Golongan yang mengatakan HARUS mencukur: Pendapat yang mengatakan bahawa dibolehkan mencukur licin janggut, berpegang dengan fiqh al-maqosyid. Nabi SAW melarang kerana ada sebab pada zaman itu. Kini, illatnya(sebabnya) sudah tidak ada, maka mencukur janggut ialah harus. Menyimpan janggut adalah saranan yang disertai illat(sebab). Jika illatnya sudah hapus, maka gugurlah hukumnya. Pada zaman dulu, mencukur janggut ialah budaya orang bukan Islam. Illat utama janggut ialah membezakan Muslim daripada komuniti yang lain pada zaman Nabi SAW. Zaman itu, komuniti lain mencukur janggut, maka Nabi SAW ingin membina jati diri umat yang baru dibinanya, maka identiti umat Baginda ketika itu ialah berlawanan dengan amalan komuniti yang lain, justeru mengarahkan umatnya ketika itu menyimpan janggut. Zaman sekarang, illat itu sudah tidak ada kerana kaum dan orang bukan Islam juga turut menyimpan janggut, seperti artis, pemain bola sepak, Sikh, dan Rabbi. Maka gugurlah illatnya. INILAH 3 PENDAPAT YANG SAMA KUAT.
Tidak dinafikan juga tentang kewajipan membela janggut dan keharaman mencukur ini merupakan pendapat mazhab Jumhur. Walaubagaimanapun, Dr. Yusuf Qaradawi menyalahi jumhur dengan katanya hukumnya Sunat Mu'akkad (diberatkan) dan tidaklah wajib untuk menyimpannya. A.Hasan Bandung dan Prof Hasbi as-Siddiqi pula mengatakan harus mencukur janggut kerana beliau menggunakan fiqh maqosyid. Fatwa Dr. Yusuf Qaradawi: mualQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) Berpendapat keSunnahan menyimpan janggut ini termasuk Sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupa diri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia). Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua Sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan). Masalahnya sekarang ialah umat Islam kini hanya nampak Sunnah yang kamaliat dan meninggalkan Sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklah dalam urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, cara makan-minum, adab ke tandas, dan sebagainya.)

Kesimpulan yang boleh dibuat, pendapat yang menjadi pilihan merupakan tarjih Dr. Yusuf Qaradawi, iaitu hukumnya sunat mu'akkad dan mencukurnya tanpa keperluan ialah makruh. Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. Ini saja yang kuat untuk menetapkan hukum menyimpan janggut ini sunat dan mencukurnya makruh. Lelaki, fitrahnya ialah jantan tulen, maka berbulu menunjukkan sifat kelakian, di mana ia membezakan lelaki dan perempuan yang licin tanpa bulu muka. Janggut ditempatkan dalam bab Sunan al-Fitrah dalam kitab-kitab Fiqh. Pilihan terbaik ialah memelihara janggut jika tiada apa-apa halangan. Bayangkan, 'free-free' je dapat pahala disebabkan anda menyimpan janggut anda. Perlu juga diingatkan bahawa jumhur mazhab mewajibkan menyimpan janggut, menunjukkan bahawa ia sesuatu yang agak berat, kerana mereka tidaklah menetapkan hukum sewenang-wenangnya tanpa berlandaskan Quran dan Sunnah. Selain menyimpan janggut, perlu juga diingatkan agar jangan hanya fokus kepada menyimpan janggut sehingga lupa dan lalai kepada ibadah-ibadah lain yang lebih penting, kerana keimanan seseorang bukanlah diukur kepada panjangnya janggut, tetapi ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Dengan itu, peliharalah janggut anda kerana ianya termasuk dalam Sunnah. Semoga kita mendapat pahala, InshaAllah.

JANGGUT MENGIKUT SAINS DNA MISTIK.
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Bodymendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya. Bagaimana Caranya? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami. Dr Jamnul Azhar Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Mengikut kajian mistik dan info dr
khodam.janggut berwarna keemasan mempunyaj daya pengasihan tinggi.dan janggut itj dpt dijadikan ramuan dlm pembuatan minyak pengasihan.janggut juga menghalang seseorg dari disihir dan menambahkan kekuatan energi pendinding tubuh.

P/s:bg penulis menyimpan janggut adalah wajib dan haram mencukurnya kerna menyamai kaum lain serta identiti wanita dan tiada satu ulama pun berpendapat "wajib" dlm mencukur janggut.tetapi diharuskan memotong dan mengemaskan janggut agar kemas dan tidak kelihatan kotor dan jijik kerna islam adalah kebersihan dan masuklah islam secara keseluruhannya..wallahualam.

Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad). Posted via Blogaway
Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JALJALUT SUGHRO BISMILLAH

Rajahan jaljalut basmallah ini  dari kitab " Manba'u Usulil Hikmah ", Disusun oleh Sayyidina Al-Imam As-Syeikh Al-Bahr Ahmad Ibni Ali Al-Buuny, Jaljalut merupakan Bait-Bait Ilmu Hikmah yg mempunyai ke khususan dan ke ghaiban pada setiap baitnya, Allah S.W.T meletakkan rahsia-rahsia didalam bait Jaljalut ini Ilmu-Ilmu ghaib dan ke khususan2 bagi pembacanya, bait Jaljalut terbagi dua bagian Sughra 60 Bait dan Qubra 360 Bait, Dalam kesempatan ini saya coba terjemahkan Bait Jaljalut Sughra 60 bait.Dan telah penulis mudahkan dgn membuat rajahan jaljalut yg mempunyai khasiat basmallah dan surah al fatihah serta pelbagai rahsia didlmnya seumpama sempurnanya khasiat 30juzuk al quran dimana kita ketahui 30juzuk al qutan itu terkandungnya didlm ibu doa iaitu al fatihah dan basmallah itu kuncinya al fatihah sedangkan ba itu kuncinya basmallah.penulis akan huraikan sedikit dr khasiatnya jaljalut dr bait basmallah ini.. Barang siapa yang senantiasa ( Istiqomah ) membaca Bait di atas

Misteri Kelebihan Sarang Burung Tempua

Sarang burung tempua mempunyai jantan dan betina.berbeza bentuk maka yg pendek merupakan sarang bagi burung jantan bertengek dan yang panjang bagi burung betina bertelur. Sarang sering digunakan bagi hiasan atau pun yang berunsur mistik.sarang tempua kekadang yang rare akan terdapat buluh perindu atau bulu perindu sebagai jalinan sarang burung tersebut. Burung tempua juga memilih membuat sarang pada tempat yg sukar dicapai dan dekat pada sumber air. Mengikut kitab kuno raja sulaiman tempua merupakan salah satu dari jenis burung mistik seperti pelatuk yg merupakan utusan Nabi Allah Sulaiman..kelebihan sarang tempua adalah sebagai pelaris pabila digantung pd tempat perniagaan dan pelet bagi memanggil kekasih yg lari atau ditinggalkan.pendinding dr sihir dan kianat.semua ini mengambil filosofi dari sarang itu sendiri dimana pelaris adalah disebabkan sejauh mana burung keluar mencari makan pasti akan pulang kesarang selain dr bahan sarang itu sendiri mempunyai buluh perindu.sebagai media p

RAJAHAN ISIM KHOLISOH JARIYAH

SIAP DIRAJAH PROSES PENGHAPUSAN RAJAHAN PROSES MERAJAH The Real Story Of Kholisoh Jariyah Taken From : Kitab Al Jauharu Lil Ma`ah Kitab Syumusul Anwar Dinamai dengan Isim Jariyah (budak hitam hamba sahaya ) karena azimat ini didapati pada kepala seorang perempuan hamba sahaya yang dimiliki oleh Raja Harun Al Rasyid. Kholisoh adalah nama daripada perempuan Jariyah ini sangat hitam tubuhnya dan sangat mengerikan wajah rupanya. Banyaknya hamba sahaya perempuan yang dimiliki oleh Raja Harun Al Rasyid adalah lebih daripada empat ratus orang. Dan Jariyah yang bernama Kholisoh ini ialah hamba sahaya yg lebih jelek rupa dan tubuhnya dari semua budak hamba sahaya yang ada. Tetapi Raja Harun Al Rasyid sangat mengasihi dan mencintai kepadanya lebih daripada mengasihi yang lainnya. Maka manakala mati Jariyah itu lalu dimandikan oleh seorang perempuan tua solehah. Maka mendapatilah perempuan yang tua itu akan suatu azimat isim Jariyah ini terikat pada rambut kepalanya Jariyah. Lalu diambil